Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan disyaki terlibat jual beli kad ATM dan pindahan wang penipuan dalam talian
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan disyaki terlibat jual beli kad ATM dan pindahan wang penipuan dalam talian

Utusan Sarawak 6 hours ago
DITAHAN…Dua Suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

MIRI: Dua lelaki tempatan ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam aktiviti jual beli kad ATM serta pemindahan wang berkaitan penipuan dalam talian dalam satu operasi khas di sekitar bank di bandar raya ini, semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata tangkapan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah sekitar 8.00 pagi hingga 4.00 petang, pada Jumaat lalu.

Menurut beliau, operasi pemantauan itu dijalankan susulan maklumat risikan berhubung kegiatan sindiket yang menggunakan akaun bank pihak ketiga untuk memindahkan wang hasil penipuan dalam talian.

 DIRAMPAS…Pelbagai kad ATM dan beberapa telefon bimbit dirampas untuk siasatan lanjut. 

“Hasil operasi, polis telah menahan dua lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an dan merampas pelbagai kad ATM, beberapa telefon bimbit serta sebuah kereta dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan sekitar RM15,000,” katanya dalam satu kenyataan media petang ini.

Kedua-dua suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 424A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga tujuh tahun atau denda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 120B Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, ACP Mohd Farhan menasihatkan orang ramai supaya tidak menyerahkan kad ATM atau maklumat akaun bank kepada mana-mana pihak serta tidak membenarkan akaun digunakan bagi tujuan pemindahan wang untuk orang lain.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Judi atas talian, seorang lelaki warga emas ditahan
Next: Dua wanita, seorang lelaki ditahan terlibat judi dalam talian di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.