Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 2026 akan bawa kejayaan inisiatif strategik Sarawak – Abang Johari
  • SEMASA

2026 akan bawa kejayaan inisiatif strategik Sarawak – Abang Johari

Utusan Sarawak 7 hours ago
PENGEMBANGAN destinasi AirBorneo kepada destinasi serantau.

PETRA JAYA: Tahun Kuda 2026 akan membawa kejayaan kepada inisiatif strategik termasuk pengembangan destinasi AirBorneo kepada destinasi serantau, dan pengoperasian Pelabuhan Bintulu, yang telah dikembalikan kepada Sarawak oleh Kerajaan Persekutuan, sebagai pelabuhan utama Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata di samping itu, pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma atau FTES yang bermula pada tahun ini adalah titik permulaan kepada pembangunan sumber manusia yang akan memberi peluang kepada semua anak Sarawak untuk melengkapkan diri mereka menjadi aset yang amat berguna kepada Sarawak.

SISTEM Aliran Transit Automasi (ART) berkuasa hidrogen.

Selain itu, kata Premier Sarawak, pada suku terakhir 2026, jika tidak ada aral melintang, Bandar Raya Kuching akan mendapat khidmat Sistem Aliran Transit Automasi (ART) yang dikuasakan oleh hidrogen pertama di rantau ini.

“Inisiatif ini mencerminkan ikhtiar Sarawak untuk menjadi pelopor dan pemimpin ke arah ekonomi dan teknologi rendah karbon di rantau Asean.

“Permulaan 2026 sudah pun menyaksikan kejayaan Sarawak untuk menyambungkan grid eletrik Sarawak dengan grid Sabah bagi menyalurkan 50 MW tenaga eletrik ke Sabah.

“Ini merupakan penyambungan grid lintas batas yang kedua selepas penyaluran tenaga letrik hijau sebanyak 190 MW ke 200 MW ke Kalimantan Barat sejak 2016.

“Dengan penyambungan ke grid Brunei, maka akan wujud grid Borneo yang memanfaatkan tenaga hijau dari Sarawak,” katanya dalam Perutusan Tahun Baharu Cina.

PELABUHAN Bintulu.

Abang Johari berkata 2026 juga membawa potensi kerjasama yang lebih erat antara Indonesia dan Malaysia, khususnya Sarawak, dari segi penjanaan dan penyaluran tenaga hijau lintas batas, dan juga pembangunan teknologi tinggi.

“Dua minggu lalu, saya telah menghadiri Sidang Kemuncak Ekonomi Indonesia 2026, di mana Menteri Penyelarasan Hal Ehwal Ekonomi Indonesia telah menyatakan keinginan untuk berkerjasama dengan Sarawak dalam bidang semikonduktor kerana Sarawak sudah menampakkan kejayaan dalam bidang ini.

“Sarawak, melalui Syarikat X-FAB telah berjaya mengeluarkan cip analog di Zon Industri Bebas Samajaya di Kuching sejak 1998 dan pusat pengeluaran tersebut sedang menjalani pembesaran dengan kos RM3 billion untuk meningkatkan pengeluaran,” katanya.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Abang Johari mohon maaf tidak mengadakan sebarang kunjungan Tahun Baharu Cina 2026
Next: Tahun Kuda pacu Sarawak jadi pencipta teknologi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.