Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Hasil berganda Sarawak diguna biayai penyediaan infrastruktur berskala besar – Abang Johari
  • SEMASA

Hasil berganda Sarawak diguna biayai penyediaan infrastruktur berskala besar – Abang Johari

Utusan Sarawak 8 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

PETRA JAYA: Peningkatan ketara hasil pendapatan Sarawak berupaya untuk membiayai pelbagai program pembangunan seperti penyediaan infrastruktur berskala besar di seluruh negeri serta pendidikan percuma bagi mempercepatkan pembangunan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata negeri ini telah berjaya mencapai pencapaian yang amat membanggakan dalam pelbagai bidang sepanjang lapan tahun yang lalu.

“Hasil negeri kita telah meningkat lebih daripada dua kali ganda berbanding 10 tahun lalu, dengan jumlah tertinggi sebanyak RM14.187 bilion direkodkan pada 2024.

“Dengan peningkatan hasil ini, kita dapat membiayai pelbagai program pembangunan seperti penyediaan infrastruktur berskala besar di seluruh negeri serta pendidikan percuma bagi mempercepatkan pembangunan Sarawak.

“Namun, ketersediaan dana semata-mata tidak menjamin kejayaan semua program ini tanpa perpaduan, integriti dan ketahanan semua rakyat Sarawak di setiap peringkat.

“Oleh itu, marilah kita sempena musim perayaan ini memperbaharui komitmen untuk membina Sarawak yang stabil dari segi sosial serta maju dalam bidang ekonomi dan teknologi,” katanya dalam perutusan Tahun Baharu Cina.

Continue Reading

Previous: Arab Saudi tetapkan bayaran dam sebagai prasyarat visa haji
Next: Isu minyak/gas: Petros, Petronas mungkin diselesaikan secara komersial tanpa berlarutan di mahkamah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.