Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pereka Hello Kitty bersara selepas 40 tahun terajui reka bentuk
  • SEMASA

Pereka Hello Kitty bersara selepas 40 tahun terajui reka bentuk

Utusan Sarawak 8 hours ago
PEREKA Hello Kitty, Yuko Yamaguchi mengundurkan diri selepas lebih empat dekad menerajui penampilan ikoniknya.

TOKYO, Jepun: Pereka penuh gaya di sebalik Hello Kitty watak comel Jepun yang berkembang menjadi jenama mega global mengundurkan diri selepas lebih empat dekad menerajui penampilan ikoniknya.

Yuko Yamaguchi telah bertanggungjawab sejak 1980 terhadap reka bentuk Hello Kitty, yang secara rasmi bukan seekor kucing tetapi seorang kanak-kanak perempuan dari London. Beliau menyelia kebangkitan watak itu sebagai lambang utama ‘kawaii’ (comel) dan kuasa lembut Jepun.

Kini Yamaguchi, yang sering tampil di khalayak mengenakan gaun gaya Kitty serta menggayakan rambut berbentuk sanggul, telah menyerahkan baton kepada generasi seterusnya, menurut Sanrio, syarikat di sebalik watak berkenaan, dalam kenyataan di laman webnya baru-baru ini.

Syarikat itu memaklumkan pereka baharu dikenali sebagai ‘Aya’ nama samaran yang dijangka memulakan tugas menjelang akhir 2026.

PEREKA Hello Kitty, Yuko Yamaguchi mengundurkan diri selepas lebih empat dekad menerajui penampilan ikoniknya.

“Yamaguchi mendengar suara peminat, aktif bekerjasama dengan artis dan pereka dari Jepun serta luar negara dan telah mengembangkan Hello Kitty menjadi watak yang dicintai semua,” kata Sanrio sambil merakamkan penghargaan atas sumbangannya.

Hello Kitty bermula sebagai ilustrasi pada dompet syiling vinil.

Sejak itu, watak tersebut muncul pada puluhan ribu produk daripada beg tangan hingga periuk nasi serta menjalin kerjasama lumayan dengan jenama terkemuka seperti Adidas dan Balenciaga.

Fenomena ini tidak menunjukkan tanda-tanda perlahan, dengan sebuah filem Warner Bros sedang dalam perancangan dan taman tema Hello Kitty baharu dijadual dibuka tahun depan di pulau tropika Hainan, China.

Berbeza dengan eksport budaya Jepun lain seperti Pokemon atau Dragon Ball, watak ini mempunyai naratif yang minimum. Nama penuhnya ialah Kitty White.

Menurut Sanrio, beliau mempunyai saudara kembar bernama Mimmy, teman lelaki bernama Dear Daniel serta seekor kucing peliharaan sendiri. Kitty juga menggemari pai epal buatan ibunya dan bercita-cita menjadi pemain piano atau penyair.

-AFP

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Azam Baki mulakan tindakan undang-undang terhadap laporan Bloomberg
Next: KBS perkasa pembangunan belia, sukan di luar bandar Sabah, Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.