Pakistan lancar satelit pemerhatian bumi tempatan kedua, EO-2

Facebook
WhatsApp
Pakistan terus memperkukuh keupayaan angkasa lepas dengan pelancaran satelit pemerhatian bumi kedua, EO-2, bagi meningkatkan pemantauan sumber dan keselamatan negara. Foto Agensi

ISLAMABAD: Pakistan mencatatkan pencapaian besar dalam program angkasa lepas kebangsaannya menerusi kejayaan pelancaran satelit pemerhatian bumi tempatan kedua, EO-2, daripada Pusat Pelancaran Pantai Yangjiang, China semalam, lapor Associated Press of Pakistan (APP).

Dibangunkan oleh Suruhanjaya Penyelidikan Ruang Angkasa dan Atmosfera Atas (SUPARCO), satelit EO-2 direka untuk meningkatkan keupayaan pemerhatian bumi dan pengimejan beresolusi tinggi negara itu secara signifikan.

Pegawai SUPARCO berkata, satelit berkenaan akan membekalkan data kritikal bagi menyokong perancangan pembangunan negara, pengurusan sumber asli, pemantauan alam sekitar dan peluasan bandar.

Ia juga akan memperkukuh tadbir urus, pengurusan bencana, analisis iklim serta pembuatan keputusan strategik dengan membekalkan imej satelit yang jitu dan tepat pada masanya.

Dengan penambahan EO-2, Pakistan telah memperluas kumpulan satelitnya, sekali gus memastikan kesinambungan, liputan dan ketepatan data pemerhatian bumi yang lebih baik.

Pegawai SUPARCO menyifatkan pelancaran itu sebagai satu mercu tanda dalam perjalanan angkasa lepas Pakistan, sambil menyatakan bahawa kejayaan pembangunan tempatan EO-2 mencerminkan kepakaran teknikal dan keupayaan berdikari negara itu yang semakin berkembang dalam teknologi satelit canggih.

Pencapaian itu menyerlahkan kemajuan mantap Pakistan dalam memanfaatkan penyelesaian berasaskan angkasa lepas untuk pembangunan sosioekonomi, daya tahan nasional dan kemajuan saintifik. -Bernama

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos