Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pendidikan STEM, TVET perlu diberi keutamaan demi masa depan belia
  • PENDIDIKAN

Pendidikan STEM, TVET perlu diberi keutamaan demi masa depan belia

Utusan Sarawak 7 hours ago
MENTERI di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai merakam gambar bersama ketua masyarakat, wakil agensi kerajaan dan penduduk setempat sempena Program Juh Ngopi Ngan UKAS di Tatau, Bintulu.

BINTULU: Golongan belia digesa agar menitikberatkan pendidikan berasaskan sains, teknologi dan kemahiran teknikal bagi meningkatkan kebolehpasaran dalam pasaran kerja pada masa hadapan.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus, Dato Sri John Sikie Tayai berkata, bidang Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) semakin penting seiring dengan perkembangan sektor industri di Bintulu.

Menurut beliau, kawasan perindustrian seperti Samalaju menawarkan pelbagai peluang pekerjaan yang memerlukan tenaga kerja mahir dan berkemahiran tinggi.

Katanya, pemilihan bidang pengajian yang tepat sejak awal mampu membantu belia membina kerjaya yang lebih stabil dan berdaya saing.

“Anak-anak perlu dibimbing supaya tidak mengambil pelajaran secara sambil lewa, sebaliknya memilih bidang yang mempunyai permintaan tinggi dalam industri.

“Bidang STEM dan TVET memberi peluang pekerjaan yang lebih luas, khususnya di kawasan perindustrian sekitar Bintulu,” katanya ketika berucap dalam Program Juh Ngopi Ngan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Tatau, hari ini.

PENGARAH UKAS, Awang Putrayusrie Awang Redzuan menyampaikan cenderamata kepada John Sikie sebagai tanda penghargaan sempena Program Juh Ngopi Ngan UKAS di Tatau, Bintulu.

Tambahnya, sokongan ibu bapa, pihak sekolah dan agensi berkaitan amat penting dalam memastikan pelajar mendapat bimbingan yang berterusan dalam merancang hala tuju pendidikan mereka.

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan belia tempatan supaya merebut peluang latihan dan kemahiran yang disediakan oleh kerajaan dan pihak industri.

Ujarnya, pendidikan berasaskan kemahiran mampu melahirkan tenaga kerja berkualiti serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri.

Oleh Carolyne Utih

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Darjah satu enam tahun: KPM adakan libat urus dengan pengusaha tadika swasta – Fadhlina
Next: Konvokesyen ke-10 CENTEXS lahirkan graduan sedia industri, pacu ekonomi baharu Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.