Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ops Patuh JPJ Betong periksa 90 kenderaan, pelbagai kesalahan dikesan
  • Tengah
  • WILAYAH

Ops Patuh JPJ Betong periksa 90 kenderaan, pelbagai kesalahan dikesan

Utusan Sarawak 9 hours ago
OPS Patuh yang dilaksanakan oleh Unit Operasi JPJ Cawangan Betong di sekitar Bandar Betong, Pusa dan Beladin, hari ini. Foto: JPJ Negeri Sarawak

BETONG: Sebanyak 90 kenderaan perdagangan dan persendirian diperiksa dalam Ops Patuh yang dilaksanakan oleh Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Betong menerusi rondaan serta pemantauan di sekitar Bandar Betong, Pusa dan Beladin, hari ini.

Menurut kenyataan media JPJ Sarawak, operasi tersebut dijalankan bagi memastikan tahap pematuhan undang-undang jalan raya sentiasa berada dalam keadaan terkawal dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Sepanjang operasi dijalankan, pemeriksaan menyeluruh dilakukan terhadap kenderaan serta dokumen pemandu bagi memastikan tiada pelanggaran peraturan yang boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan telah dikesan, antaranya melibatkan pemandu yang tidak memiliki lesen memandu yang sah, Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang telah tamat tempoh serta kenderaan yang tidak mempunyai perlindungan insurans.

Selain itu, terdapat juga kesalahan lain yang melibatkan aspek teknikal kenderaan termasuk kegagalan mematuhi spesifikasi keselamatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

JPJ Sarawak menegaskan bahawa setiap kesalahan yang dikenal pasti akan diambil tindakan sewajarnya selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada tanpa sebarang kompromi.

Operasi seperti ini, menurut kenyataan itu lagi, merupakan sebahagian daripada usaha berterusan JPJ dalam mendidik pengguna jalan raya agar lebih bertanggungjawab dan peka terhadap kepentingan mematuhi peraturan.

JPJ Betong akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa, khususnya di kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi berlaku pelanggaran undang-undang jalan raya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa memastikan lesen memandu dan dokumen kenderaan berada dalam keadaan sah sebelum menggunakan kenderaan di jalan raya demi keselamatan diri serta pengguna lain.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Bantuan Lesen Memandu 2026 DUN Kalaka bakal dilaksana semula, manfaatkan golongan belia
Next: PPDK landasan perkasa potensi anak istimewa, bina keyakinan diri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.