MUKAH: Seper t i dijangka, Koperasi Desa Lestari Tellian Tengah dan Ulu Mukah Berhad (KODELT) mengagihkan dividen sebanyak 10 peratus kepada ahlinya.
Merupakan dividen bagi tahun kewangan ( f i s c a l y e a r ) yang berakhir 30 September 2019, ia telah diumumkan pada Mesyuarat Agung ke-6 KODELT yang berlangsung di Dewan Suarah Mesra, di sini, pada Sabtu (26 September) lalu.
Menurut Bendaharinya, Frederick Lamhai Likit ia melibatkan pembayaran dividen keseluruhan berjumlah RM10,249.
Dia berkata, dividen itu sama dengan peratusan yang diagihkan pada tahun sebelum ini (2018), namun jumlah pembayaran pada tahun ini tinggi sedikit.
“Dari segi nilai jumlah dividen pada tahun ini ialah RM10,249 dibandingkan dengan RM8,003 pada tahun sebelumnya,” ujarnya.
Kini koperasi yang bertapak di kampung terbesar di Daerah Mukah ini, mempunyai 340 ahli, dengan majoriti terdiri daripada penduduk Kampung Tellian Tengah dan Tellian Daya.
KODELT yang pertama seumpanya di Bahagian Mukah dan menceburi dalam perkhidmatan pengangkutan mempunyai 11 buah lori yang berkapasiti 20 tan.
Oleh Henry B Siyu