Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • IPD Bau perkukuh hubungan komuniti melalui sesi ramah mesra
  • Selatan
  • WILAYAH

IPD Bau perkukuh hubungan komuniti melalui sesi ramah mesra

Utusan Sarawak 6 hours ago
 ANGGOTA polis Bau turun padang mendekati komuniti

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau terus memperkukuh hubungan dengan masyarakat menerusi program sesi pertemuan dan ramah mesra yang diadakan di sekitar pekan Bau, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bau, Supt Mohd Haide A Rahman berkata, program yang berlangsung dari 9.30 pagi hingga 11.00 pagi itu bertujuan meningkatkan jalinan kerjasama antara polis dan komuniti setempat, khususnya golongan wanita, di samping berkongsi maklumat berkaitan keselamatan semasa.

“Program ini menjadi platform untuk kami menerangkan fungsi dan peranan Amanita, selain mengedarkan risalah serta memberi pendedahan mengenai trend jenayah terkini. Kami mahu masyarakat, khususnya wanita, berasa selesa mendekati pihak polis dan lebih peka terhadap isu keselamatan,” katanya.

Program berkenaan melibatkan Sjn Linda Charlie dan Konst Nur Syafika Jaidin daripada Amanita, serta Konst Mohd Zairie Yunus dan Konst Khairul Faiezin Ahmad daripada Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah (BPJKKD).

Menurutnya, inisiatif itu turut memperkenalkan dan menggalakkan penggunaan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) sebagai saluran pantas dan berkesan untuk orang ramai menyalurkan maklumat kepada polis.

“Hasil sesi libat urus hari ini, empat individu mendaftar sebagai Rakan Amanita manakala empat lagi mendaftar sebagai ahli VSP. Ini mencerminkan respons positif dan peningkatan kesedaran dalam kalangan penduduk mengenai kepentingan kerjasama dengan polis,” tambahnya.

Dalam sesi tersebut, orang ramai turut memohon agar rondaan polis dipertingkat dan dilaksanakan dengan lebih kerap di sekitar pekan Bau bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam.

Haide berkata, pihaknya memandang serius maklum balas berkenaan.

“IPD Bau kekal komited untuk mempergiat rondaan dan memperkukuh kerjasama dengan penduduk demi menjamin keselamatan serta kesejahteraan masyarakat setempat,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Sumbangan kebajikan ringankan beban anggota polis
Next: Awangku Hafizi ucap tahniah Takraw Zon Barat, PESTASA tekad lahirkan lebih ramai pelapis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.