Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rosey Yunus sampaikan angpau kepada 500 warga emas di Batu Niah, Sepupok dan Bekenu
  • Utara
  • WILAYAH

Rosey Yunus sampaikan angpau kepada 500 warga emas di Batu Niah, Sepupok dan Bekenu

Utusan Sarawak 5 hours ago
TERIMA KASIH…Datuk Rosey Yunus menyampaikan angpau kepada warga emas di Batu Niah sempena Tahun Baharu Cina 2026, hari ini.

BATU NIAH: Seramai 500 warga emas kaum Cina kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu terima angpau sempena Tahun Baharu Cina 2026, hari ini.

Penyampaian itu telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus di Batu Niah, Sepupok dan Bekenu.

Katanya, keunikan Sarawak terletak pada semangat kebersamaan rakyat pelbagai kaum yang terus diraikan menerusi perayaan tanpa mengira latar belakang.

ALBUM…Datuk Rosey Yunus rakam kenangan bersama warga emas di Sepupok sempena Tahun Baharu Cina 2026, hari ini.

“Sambutan perayaan pelbagai kaum di Sarawak bukan sekadar tradisi, malah menjadi simbol perpaduan kukuh dan keharmonian masyarakat yang perlu dipelihara dan diperkasakan.

“Program seumpama ini sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Bekenu menambah, semua pihak agar terus bersatu padu, mengekalkan perpaduan sedia ada dan terus menyokong kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

DATUK Rosey Yunus rakam kenangan bersama warga emas di Bekenu sempena Tahun Baharu Cina 2026, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap Tahun Baharu Cina, Tahun Kuda pada tahun ini akan membawa kesihatan yang baik, keharmonian berpanjangan serta rezeki yang berkelimpahan kepada seluruh rakyat Sarawak.

Turut hadir, Penghulu Pui Kuan Phen, Penghulu Choo Chong Yee dan para Kapitan Cina Daerah Subis.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Lima lorong Kampung Melango Baru dicadang naik taraf, utamakan keselamatan penduduk
Next: Pengguna jalan raya perlu utamakan keselamatan sepanjang musim perayaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.