Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kemalangan kendiri ragut nyawa penunggang motosikal
  • KEMALANGAN

Kemalangan kendiri ragut nyawa penunggang motosikal

Utusan Sarawak 7 hours ago
MANGSA disahkan maut di tempat kejadian. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Seorang penunggang motosikal maut di tempat kejadian selepas dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh penghadang jalan di KM476.3 Jalan KJD, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata kemalangan kendiri tersebut kira-kira 5.00 pagi.

“Mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke bahu kiri jalan, seterusnya terbabas dan melanggar penghadang jalan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, akibat impak perlanggaran tersebut, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

MOTOSIKAL yang digunakan oleh mangsa semasa kemalangan di KM476.3 Jalan KJD, awal pagi tadi.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pihak polis menggesa mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Zainal Abdul Ghafar di talian 084-693222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Sehubungan itu, Tansli menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati ketika memandu, memastikan memiliki lesen memandu yang sah serta mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas yang telah ditetapkan.

Oleh Earl Anek

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Pacuan empat roda dihempap lori simen, warga emas maut
Next: Dua individu cedera, kenderaan terbabas di pusingan P Lebuh Raya Pan Borneo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.