Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Eksklusif: Trend makanan sihat semarakkan sambutan Tahun Baharu Cina
  • INSPIRASI

Eksklusif: Trend makanan sihat semarakkan sambutan Tahun Baharu Cina

Utusan Sarawak 7 hours ago
JURULATIH kesihatan Joana Joana U Sie Lin.

SARIKEI: Permintaan pelanggan terhadap makanan lebih sihat menjadi pencetus idea penghasilan biskut nutrisi dan nougat protein yang kini mendapat sambutan hangat sempena Tahun Baharu Cina (TBC), sekali gus membuktikan tradisi dan kesedaran kesihatan boleh berjalan seiring.

Menjelang musim perayaan yang sinonim dengan kuih manis dan snek tinggi gula, semakin ramai pengguna mula mencari pilihan yang lebih seimbang dari segi nutrisi. 

Kesedaran terhadap gaya hidup sihat bukan lagi sekadar trend, sebaliknya menjadi keutamaan dalam kalangan masyarakat yang mahu menikmati perayaan tanpa mengabaikan kesihatan.

Menyedari perubahan tersebut, jurulatih kesihatan, Joana U Sie Lin, bersama pasukannya tampil menghasilkan biskut nutrisi dan nougat protein sebagai alternatif lebih sihat untuk pelanggan mereka.

Katanya, idea tersebut lahir daripada permintaan pelanggan yang mahukan pilihan lebih baik berbanding kuih tradisional biasa.

BISKUT nutrisi yang menjadi pilihan pelanggan sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

“Sebenarnya ini permintaan dari pelanggan kita sendiri yang mahu makanan sihat. Biasanya pada Tahun Baharu Cina (TBC), kita akan makan banyak kuih manis, keropok dengan gula tinggi dan karbohidrat. 

“Jadi, kita fikir mesti ada versi yang sihat, sedap, tekstur yang digemari ramai. Selain daripada itu, kita fikir ini adalah alternatif kepada mereka yang mahu menjaga permakanan, tetapi tetap ingin menikmatinya dalam suasana perayaan tanpa rasa bersalah,” katanya ketika ditemu bual Utusan Sarawak, hari ini.

Tambahnya, sambutan yang diterima amat menggalakkan sehingga memberi keyakinan kepada pasukannya untuk terus memperbaiki mutu produk.

“Syukur kepada Tuhan, saya rasa babgga dan bahagia kerana saya berada di Malaysia dapat sambut semua perayaan dari pelbagai kaum. 

“Cabaran yang paling besar ialah memastikan kualiti rasa dan konsisten setiap ‘batch’ mesti yang sentiasa sama kerana biskut nutrisi yang kami buat memang kurang gula dan tanpa pengawet,” katanya.

Menurut Joana, memastikan setiap penghasilan kekal berkualiti tanpa penggunaan pengawet memerlukan ketelitian tinggi dan disiplin dalam penyediaan, terutama apabila tempahan meningkat menjelang musim perayaan.

“Pada awalnya, mungkin bermula sebagai inisiatif sempena perayaan, tetapi melihat sambutan yang sangat baik, kami sedang mempertimbangkan untuk menjadikannya sebagi produk berterusan.

“Kami percaya, makanan sihat semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. 

“Harapan kami, usaha kecil ini dapat berkembang menjadi satu cabang keusahawanan yang lebih besar pada masa depan,” katanya lagi.

Mengulas keistimewaan produk yang dihasilkan, Joana menegaskan bahawa keseimbangan nutrisi menjadi keutamaan tanpa menjejaskan keenakan.

“Produk kami mengandungi nutrisi seimbang, protein yang lebih tinggi dan penggunaan gula yang terkawal. 

“Ia memberikan pilihan lebih sihat tanpa menjejaskan rasa,” katanya.

Usaha tersebut sekali gus mencerminkan perubahan pola pemakanan masyarakat yang semakin peka terhadap kandungan gula, protein dan bahan tambahan dalam makanan.

Gabungan tradisi perayaan dan inovasi pemakanan sihat ini membuktikan bahawa perubahan boleh bermula daripada inisiatif kecil yang berani mencuba sesuatu yang berbeza. 

Dalam suasana perayaan yang lazimnya sarat dengan kemanisan, pilihan lebih seimbang seperti ini memberi ruang kepada masyarakat untuk meraikan dengan lebih bijak.

Dengan sokongan pelanggan yang terus meningkat, biskut nutrisi dan nougat protein itu bukan sahaja menjadi pilihan musim perayaan, malah berpotensi berkembang sebagai jenama makanan sihat yang relevan sepanjang tahun.

Oleh Earl Anek

Tags: inspirasi

Continue Reading

Previous: Hampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Next: Eksklusif: Langkah kecil, impian besar, Eurenia Joachim bintang tinju wanita Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.