Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Dasar kanak-kanak negara 2026-2030 perhebat usaha tangani ancaman eksploitasi digital
  • NASIONAL

Dasar kanak-kanak negara 2026-2030 perhebat usaha tangani ancaman eksploitasi digital

Utusan Sarawak 8 hours ago
TIMBALAN Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Lim Hui Ying pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Dasar Kanak-Kanak Negara 2026 hingga 2030 memberi penekanan khusus terhadap aspek keselamatan digital bagi menangani risiko eksploitasi seksual dalam talian melibatkan golongan berkenaan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Lim Hui Ying berkata dasar yang dilancarkan pada 24 November lepas itu memberi penekanan kepada aspek advokasi, pencegahan, intervensi dan khidmat sokongan dalam menangani isu keselamatan kanak-kanak dalam talian.

“Dasar dan Pelan Tindakan Kanak-Kanak Negara yang baharu telah mengambil kira isu-isu baharu melibatkan kanak-kanak dalam persekitaran digital terutamanya dari segi siber, memandangkan dasar ini dibangunkan dengan menggabungkan Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-Kanak dalam Dunia Siber sebelum ini.

“Ini menunjukkan isu siber dan eksploitasi, terutamanya dari segi eksploitasi seks dalam talian, telah dikenal pasti sebagai satu risiko yang memerlukan pendekatan khusus dan amat berfokus,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Dr Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) mengenai sejauh mana dasar sedia ada responsif terhadap isu-isu terkini termasuk buli siber serta eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian.

Selain itu, Lim berkata Malaysia telah membentangkan kemajuan komitmen negara terhadap hak kanak-kanak pada sesi dialog konstruktif bersama Jawatankuasa Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) di Geneva pada 22 hingga 23 Januari lepas.

“Antara isu dibangkitkan jawatankuasa berkenaan termasuk keperluan memastikan akses saksama kepada pendidikan, memperkukuh mekanisme perlindungan serta menangani risiko dalam persekitaran digital,” katanya.

Menjawab pertanyaan Abd Ghani mengenai pemantauan agensi penguat kuasa dalam menangani isu penderaan kanak-kanak, Lim berkata kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaksanakan pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya dua kali setahun, selain pemeriksaan mengejut terhadap premis tidak berdaftar.

Beliau berkata sebuah Pasukan Petugas Pemutihan Taska juga telah ditubuhkan bagi menyelaras proses klasifikasi dan pendaftaran premis asuhan di seluruh negara sebagai usaha mencegah risiko penderaan atau pengabaian. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pesta Pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
Next: Ribut petir diramal landa Sabah, Sarawak hingga 7.00 malam ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.