Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Gabriel Palmero sah sarung jersi Kuching City FC
  • SUKAN

Gabriel Palmero sah sarung jersi Kuching City FC

Utusan Sarawak 10 hours ago
SUKAN… Pemain warisan negara, Gabriel Palmero, kembali mewarnai saingan kompetitif selepas sah menyertai kelab Liga Super, Kuching City FC.

KUCHING: Pemain warisan negara, Gabriel Palmero, kembali mewarnai saingan kompetitif selepas sah menyertai kelab Liga Super, Kuching City FC.

Perkara itu diumumkan kelab berkenaan menerusi satu hantaran rasmi di Facebook hari ini, sekali gus menandakan kemunculan semula Palmero di pentas bola sepak profesional.

Sebelum ini, Palmero berdepan detik sukar apabila kontraknya bersama CD Tenerife ditamatkan susulan isu pemalsuan dokumen yang membawa kepada hukuman penggantungan selama 12 bulan oleh FIFA.

Bagaimanapun, perkembangan terbaharu menyaksikan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) membenarkan permohonan Penangguhan Pelaksanaan (stay of execution) yang dikemukakan oleh Palmero bersama enam lagi pemain kebangsaan yang sebelum ini turut digantung.

Keputusan itu menyaksikan hukuman penggantungan ke atas tujuh pemain Harimau Malaya berkenaan ditangguhkan sementara, sekali gus membolehkan mereka meneruskan karier serta terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak sehingga keputusan muktamad rayuan di CAS diputuskan.

Enam lagi pemain terbabit ialah Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabaldan Hector Hevel.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Megat D Shahriman tawar diri rebut jawatan presiden FAM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.