Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek Tebingan Saratok RM91 juta bakal jadi mercu tanda ikonik DUN Kalaka
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek Tebingan Saratok RM91 juta bakal jadi mercu tanda ikonik DUN Kalaka

Utusan Sarawak 4 hours ago
MOHAMAD Duri semasa mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Projek di bawah peruntukan BDDA bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka di Pejabat Residen Bahagian Betong, semalam. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Projek pembinaan Tebingan Saratok bernilai RM91 juta antara agenda utama yang dibincangkan dalam Mesyuarat Penyelarasan Projek di bawah peruntukan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka yang diadakan di Pejabat Residen Bahagian Betong, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, mesyuarat berkenaan bertujuan meneliti status pelaksanaan keseluruhan projek pembangunan yang berada dalam fasa perancangan, sedang dilaksanakan serta yang telah siap sepenuhnya di kawasan DUN Kalaka.

Menurut beliau, mesyuarat itu telah dipengerusikan oleh beliau sendiri dan dihadiri wakil-wakil agensi pelaksana utama yang terlibat dalam pelaksanaan projek di bawah BDDA.

“Dalam mesyuarat ini, saya telah menerima laporan kemajuan fizikal dan kewangan bagi setiap projek daripada Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Daerah Saratok (MDS), Jabatan Pertanian (DOA) serta Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT),” katanya.

Mohamad Duri menjelaskan, projek Tebingan Saratok dirancang sebagai projek ikonik dan mercu tanda baharu Bandar Saratok yang bukan sahaja memperindah landskap bandar, malah berpotensi merancakkan aktiviti ekonomi serta sektor pelancongan setempat.

Beliau turut mengingatkan semua agensi pelaksana agar memastikan setiap projek dilaksanakan mengikut perancangan, spesifikasi teknikal serta jadual yang telah ditetapkan bagi menjamin kualiti kerja dan manfaat jangka panjang kepada rakyat.

Tambahnya, kerjasama erat serta koordinasi berkesan antara semua agensi pelaksana amat penting bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek dan menyokong agenda pembangunan yang seimbang serta mampan di kawasan DUN Kalaka.

“Mesyuarat penyelarasan seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai mekanisme pemantauan bagi memastikan ketelusan, kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan projek pembangunan di bawah inisiatif BDDA,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lelaki OKU hilang selepas keluar ke kebun sawit di Bintangor, SAR diteruskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.