Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kanak-Kanak 7 tahun hilang di Bau berjaya ditemui
  • Selatan
  • WILAYAH

Kanak-Kanak 7 tahun hilang di Bau berjaya ditemui

Utusan Sarawak 7 hours ago
SELAMAT… Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak bersama Unit EMRS memberikan rawatan awal kepada seorang kanak-kanak orang kurang upaya yang ditemui selamat semalam selepas dilaporkan hilang di Kampung Tembawang Sauh, Bau, hasil operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan pelbagai agensi. Foto JBPM

BAU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dilaporkan hilang di Kampung Tembawang Sauh di sini berjaya ditemui dalam keadaan selamat semalam hasil operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dengan kerjasama beberapa agensi lain.

Mangsa, Kelvin Martin Beger, disedari hilang oleh keluarganya pada Rabu sekitar 1.30 petang selepas tidak ditemui di ruang tamu rumah.

Usaha awal mencari di sekitar kawasan kediaman gagal sebelum laporan dibuat kepada pihak berkuasa pada 6.15 petang hari yang sama.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau tiba di lokasi pada 7.57 malam sebelum operasi SAR diteruskan secara bersepadu pada keesokan harinya bermula 8.30 pagi, melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), RELA serta penduduk kampung.

IBU kepada Kelvin Martin Beger dilihat memeriksa keadaan kaki anaknya.

Operasi pencarian turut dibantu unit anjing pengesan K9 daripada PDRM bagi mempercepatkan usaha mengesan mangsa di kawasan sekitar lokasi penemuan barangan miliknya.

Usaha bersepadu itu membuahkan hasil apabila mangsa ditemui semalam sekitar 2.30 petang dalam keadaan selamat dengan hanya mengalami kecederaan ringan.

Mangsa dijumpai dalam radius kira-kira 500 meter dari lokasi pakaian ditemui dan sekitar dua kilometer dari rumahnya.

Pasukan Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) JBPM segera memberikan rawatan awal kepada mangsa di lokasi sebelum diserahkan kepada keluarga.

Operasi SAR yang diketuai Awang Saiful Musi itu ditamatkan sepenuhnya pada 3.30 petang setelah keselamatan mangsa dipastikan.

Seramai sembilan anggota bomba terlibat dengan bantuan dua jentera, manakala PDRM, APM, RELA serta kira-kira 30 penduduk kampung turut memainkan peranan dalam menjayakan operasi berkenaan.

Oleh Norman B

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tindakan segera atasi longkang tersumbat di Pusat Komersial Miri
Next: Dua projek RTP siap di SMK Pei Min

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.