Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kong bangkit kebimbangan keselamatan perbankan susulan pengeluaran wang tanpa kebenaran RM116,700
  • TEMPATAN

Kong bangkit kebimbangan keselamatan perbankan susulan pengeluaran wang tanpa kebenaran RM116,700

Utusan Sarawak 4 weeks ago
ANG menceritakan kepada Michael Kong mengenai kejadian yang menimpa akaun banknya.

KUCHING: Pembantu Khas kepada Chong Chieng Jen, Michael Kong, membangkitkan kebimbangan serius terhadap kelemahan keselamatan perbankan susulan kes pengeluaran wang tanpa kebenaran berjumlah RM116,700 yang melibatkan seorang pelanggan sebuah bank tempatan.

Menurut Kong, kes tersebut terbongkar apabila mangsa, Ang, dimaklumkan oleh seorang rakan bahawa terdapat mesej dihantar daripada akaun WhatsApp miliknya yang meminta pinjaman wang.

Berasa curiga, Ang segera menyemak akaun banknya dan terkejut apabila mendapati terdapat pengeluaran besar daripada akaun simpanan miliknya di sebuah bank tempatan.

“Hasil semakan mendapati akaun simpanannya menunjukkan pengeluaran berjumlah RM116,700,” katanya.

Kong berkata perkara yang lebih membimbangkan ialah akaun simpanan Ang asalnya hanya mempunyai lebih RM20,000.

Namun, tanpa pengetahuan atau kebenaran beliau, sebanyak RM100,000 telah dikeluarkan daripada akaun simpanan tetap dan dipindahkan ke akaun simpanan sebelum keseluruhan jumlah tersebut lesap dalam tempoh dua hari.

“Semua transaksi ini dilakukan tanpa kebenaran beliau. Lebih membimbangkan, tiada sebarang notifikasi atau amaran segera diterima ketika pemindahan dan pengeluaran tersebut berlaku,” katanya.

Menurut beliau, satu-satunya notifikasi yang diterima oleh Ang hanyalah satu emel pada jam 11.53 pagi, 6 Oktober 2025.

Ang segera menghubungi pihak bank untuk membuat pertikaian, namun ketika berjaya menghubungi khidmat pelanggan, kesemua wang dalam akaunnya telah pun dikeluarkan.

Susulan kejadian itu, Ang segera memaklumkan pihak bank, membuat laporan polis dan mengemukakan tuntutan pertikaian rasmi kepada bank berkenaan.

Bagaimanapun, walaupun terdapat petunjuk jelas melibatkan akses tanpa kebenaran, ketiadaan amaran keselamatan serta pemindahan sejumlah besar wang daripada simpanan tetap, tuntutan tersebut telah ditolak oleh pihak bank.

“Saya kemudiannya bertemu dengan Ang dan membantu beliau mengemukakan aduan kepada Perkhidmatan Ombudsman Pasaran Kewangan,” katanya.

Kong berkata kes ini menimbulkan persoalan serius, antaranya bagaimana simpanan tetap boleh dikeluarkan tanpa pengetahuan pemilik akaun, mengapa transaksi luar biasa melibatkan jumlah besar tidak mencetuskan sebarang amaran, serta mengapa pengguna masih gagal dilindungi walaupun bertindak pantas selepas mengesan penipuan.

“Rakyat biasa, termasuk warga emas dan pesara, boleh kehilangan simpanan seumur hidup mereka dalam masa beberapa jam akibat kelemahan keselamatan yang berada di luar kawalan mereka.

“Adalah tidak boleh diterima apabila beban sepenuhnya diletakkan ke atas pengguna, sementara institusi kewangan menolak tanggungjawab,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa keuntungan bank bergantung kepada kepercayaan orang ramai dan apabila kepercayaan itu dikhianati, pihak berkuasa perlu campur tangan dengan tegas.

Sehubungan itu, Kong menggesa Bank Negara Malaysia supaya segera menyemak dan memperketat piawaian keselamatan siber mandatori di semua institusi perbankan.

Ini termasuk kawalan lebih ketat terhadap pengeluaran simpanan tetap, notifikasi transaksi masa nyata, mekanisme pengesahan identiti yang lebih kukuh serta sistem kebertanggungjawaban yang jelas apabila berlaku pelanggaran keselamatan.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pembangunan Sarawak perlu seimbang antara kemajuan fizikal dan nilai kerohanian berteraskan al-Quran
Next: Sarawak perkukuh ekosistem semikonduktor melalui kerjasama strategik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.