Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Arab Saudi gantung kontrak 1,800 agensi pelancongan umrah asing kerana tidak patuh  
  • SEMASA

Arab Saudi gantung kontrak 1,800 agensi pelancongan umrah asing kerana tidak patuh  

Utusan Sarawak 8 hours ago
GAMBAR hiasan.

MAKKAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan penggantungan kontrak sedia ada dengan 1,800 agensi pelancongan asing daripada kira-kira 5,800 agensi yang beroperasi dalam sektor umrah.

Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan langkah itu termasuk memberikan tempoh 10 hari kepada agensi terjejas untuk membetulkan kekurangan yang dikenal pasti semasa penilaian berkala, yang mendedahkan kelemahan dalam prestasi dan kualiti perkhidmatan.

Menurut kementerian, penggantungan itu hanya terpakai bagi pengeluaran visa baharu dan merupakan sebahagian daripada pendekatan pengawalseliaan yang direka untuk membantu agensi menangani isu pengkelasan dan meningkatkan pematuhan terhadap piawaian yang diluluskan.

Kontrak akan diaktifkan semula sebaik syarat dipenuhi dalam tempoh yang diberikan.

Kementerian menekankan bahawa jemaah yang mempunyai visa sah atau tempahan sedia ada tidak akan terjejas, dan perkhidmatan akan diteruskan tanpa gangguan.

Jurucakap kementerian Ghassan Alnwaimi, berkata tindakan pengawalseliaan akan diambil terhadap mana-mana agensi yang gagal membetulkan kekurangan mereka sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

Beliau menambah kementerian akan terus menggunakan alat pemantauan dan penilaian untuk mengukuhkan kebolehpercayaan sektor umrah serta melindungi hak-hak jemaah.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Lawatan rasmi Jabatan Imigresen perkukuh kerjasama, kecekapan operasi di Sarawak
Next: Dato Wee beri bayangan tanding PRN, tegaskan rekod khidmat lebih penting dari retorik politik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.