Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • AirBorneo sedia runding waran penerbangan penjawat awam seluruh Malaysia
  • TEMPATAN

AirBorneo sedia runding waran penerbangan penjawat awam seluruh Malaysia

Utusan Sarawak 9 hours ago
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui pemberita selepas Program Berjalan Untuk Kesihatan Bersama Premier Sarawak di Taman Botani Sarawak, Petra Jaya, hari ini.- Foto Ukas

PETRA JAYA: AirBorneo bersedia untuk mengadakan rundingan dengan Kerajaan Persekutuan berhubung penyediaan waran penerbangan kepada penjawat awam di seluruh Malaysia.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan Sarawak sememangnya telah mempunyai perancangan awal ke arah pelaksanaan perkara tersebut dan ia tidak menjadi sebarang halangan.

“Ini tidak menjadi masalah dan kita boleh melakukan rundingan dengan Kerajaan Persekutuan. Perancangan ke arah itu memang sudah ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Berjalan Untuk Kesihatan Bersama Premier Sarawak di Taman Botani Sarawak, Petra Jaya, hari ini.

Menurut beliau, pelaksanaan inisiatif tersebut akan diperincikan selepas operasi penerbangan jet AirBorneo bermula, yang dijangka selepas Julai ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Abang Johari berkata operasi jet AirBorneo juga akan dimanfaatkan untuk menghubungkan Kuching ke beberapa destinasi antarabangsa termasuk Jepun, Korea Selatan serta negara-negara ASEAN.

Katanya, laluan ke kawasan Kepulauan Borneo seperti Balikpapan, Samarinda dan Pontianak pula akan menggunakan pesawat jenis ATR yang akan dikonfigurasi semula bagi meningkatkan keselesaan penumpang, memandangkan jarak penerbangan yang dekat

Tambah beliau, peluasan rangkaian penerbangan ini turut disokong oleh peningkatan ketara sektor pelancongan perubatan di Sarawak.

“Oleh sebab itu, kita telah membuat pelaburan membina hospital swasta, termasuk Gleneagles di Batu Lintang, sebuah hospital di NorthBank, Tabuan serta peluasan Borneo Medical Centre.

“Kesemua ini akan menambah potensi Sarawak sebagai destinasi pelancongan perubatan,” katanya.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Komuniti kenderaan pacuan empat roda Sarawak perkukuh perpaduan, tanggungjawab sosial
Next: Hujan lebat, paras air sungai terkawal di sekitar Gua Angin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.