
PETRA JAYA: Mayat ditemui terapung di Sungai Midin, Jalan Kampung Sungai Midin, Samariang pagi tadi, dan operasi mengangkat mayat dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan bersama pihak polis.
Panggilan kecemasan diterima pada 10.14 pagi, dan jentera bomba tiba di lokasi pada 10.21 pagi, kira-kira 4 kilometer dari balai.
Operasi diketuai oleh PBK I Muhammad Nurudin Mohd Yunus dengan kekuatan tiga anggota, menggunakan kenderaan Hilux dan bot.
Usaha mengangkat mayat menghadapi cabaran kerana paras air sungai yang tinggi dan kawasan dikenal pasti sebagai lubuk buaya, menjadikan keadaan berbahaya untuk anggota turun ke sungai.
Operasi menghadapi cabaran akibat paras air sungai tinggi dan kawasan yang dikenali sebagai lubuk buaya. Mayat hanya dikenal pasti terapung dan berjaya dikeluarkan sekitar 9.30 malam ini, tersangkut pada kayu bakau.
Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, Balai Polis Batu Kawa menerima maklumat orang awam sekitar 8.50 pagi. Mayat kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan siasatan awal diklasifikasikan sebagai mati mengejut.