Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 450 warga emas kurang bernasib baik terima angpau sempena Tahun Baharu Cina
  • TEMPATAN

450 warga emas kurang bernasib baik terima angpau sempena Tahun Baharu Cina

Utusan Sarawak 3 weeks ago
RAKAM KENANGAN… Datuk Wee Hong Seng dan tetamu kehormat lain bergambar bersama penerima sumbangan Tahun Baharu Cina anjuran STM Lottery Sdn Bhd di Persatuan Gereja-Gereja di Sarawak hari ini.

KUCHING: Seramai 450 warga emas kurang bernasib baik di bandar raya ini menerima sumbangan ‘angpau’ dan hamper mini menerusi Kempen Sumbangan Angpau Tahun Baharu Cina Sports Toto 2026 anjuran STM Lottery Sdn Bhd, berlangsung di Persatuan Gereja-Gereja di Sarawak di sini, hari ini.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng berkata, program kebajikan yang dianjurkan sejak 39 tahun lalu itu membuktikan komitmen berterusan syarikat berkenaan dalam membantu golongan warga emas yang memerlukan tanpa mengira latar belakang.

UCAPAN… Datuk Wee Hong Seng berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada warga emas kurang kemampuan hari ini.

Menurut beliau, sejak diperkenalkan, kempen berkenaan telah menyalurkan sumbangan berjumlah lebih RM28.45 juta, sekali gus memberi manfaat kepada 494,230 warga emas di seluruh negara.

“Usaha berterusan ini bukan sahaja mencerminkan keprihatinan sosial pihak penganjur, malah turut menyumbang ke arah pengukuhan keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini,” katanya ketika berucap merasmikan majlis berkenaan.

Katanya, sambutan Tahun Baharu Cina membawa makna permulaan baharu serta nilai kebersamaan yang wajar diraikan oleh semua lapisan masyarakat.

ANGPAU… Datuk Wee Hong Seng mengagihkan angpau kepada warga emas kurang berkemampuan.

Bagi kempen tahun ini di Sarawak, sumbangan turut diagihkan di Sri Aman, Serian, Sarikei, Sibu, Bintulu dan Miri, selain Kuching.

Kempen tahunan itu dianjurkan oleh STM Lottery Sdn Bhd sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan menjadi antara inisiatif kebajikan korporat paling lama dianjurkan secara berterusan di negara ini.

Dalam pada itu, Wee turut berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memastikan kebajikan golongan warga emas terus terbela.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Emart Batu Kawa terus jadi hab komuniti melalui Golden Paradise Street 2026
Next: Wanita perlu ada pendapatan sendiri supaya tidak dipandang rendah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.