Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 10 motosikal, lima kereta disita dalam Ops Khas JPJ Kuching
  • JENAYAH

10 motosikal, lima kereta disita dalam Ops Khas JPJ Kuching

Utusan Sarawak 5 hours ago
SITA… Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kuching menyita sebanyak 10 motosikal dan lima kereta atas kesalahan cukai jalan (LKM) tamat tempoh serta ketiadaan perlindungan insurans yang sah dalam Ops Khas Motosikal dan Ops Harian, di Kuching,hari ini. Foto JPJ Negeri Sarawak

KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kuching menyita sebanyak 10 motosikal dan lima kereta atas kesalahan cukai jalan (LKM) tamat tempoh serta ketiadaan perlindungan insurans yang sah dalam Ops Khas Motosikal dan Ops Harian, di sini, hari ini.

Operasi penguatkuasaan tersebut dijalankan menerusi rondaan dan pemantauan di sekitar bandar Kuching serta penguatkuasaan secara statik di Jalan Datuk Haji Daud, Matang Kuching yang melibatkan kedua-dua hala laluan.

Sepanjang operasi berkenaan, sebanyak 763 kenderaan terdiri daripada kenderaan perdagangan dan persendirian telah diperiksa. Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai kesalahan dikesan, antaranya pemandu tidak memiliki lesen memandu yang sah, penggunaan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi ditetapkan serta pengubahsuaian kenderaan tanpa kebenaran.

JPJ Kuching menjalankan Ops Khas Motosikal dan Ops Harian, di Kuching, hari ini. Foto JPJ Negeri Sarawak

Susulan itu, sebanyak 308 notis ketidakakuran telah dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya yang didapati melakukan kesalahan.

JPJ Kuching memaklumkan semua tindakan penguatkuasaan yang diambil adalah selaras dengan peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa dan pihaknya akan terus mempergiatkan operasi dari semasa ke semasa tanpa sebarang kompromi terhadap mana-mana pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan bersama sentiasa terpelihara.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: SPRM tahan KP, Timbalan KP Jabatan Alam Sekitar bantu siasatan kes e-waste

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.