Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Lingga tegas komitmen bantu mangsa kebakaran Kampung Tengah Simanggang
  • WILAYAH

ADUN Lingga tegas komitmen bantu mangsa kebakaran Kampung Tengah Simanggang

Utusan Sarawak 3 weeks ago
ADUN Lingga, Dayang Noorazah semasa menghadiri Mesyuarat Bersama Pejabat Daerah Sri Aman dan mangsa kebakaran Kampung Tengah Simanggang yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Sri Aman, semalam. Foto ADUN Lingga

SIMANGGANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor menegaskan komitmen berterusan beliau dalam membantu meringankan beban keluarga yang terjejas akibat kebakaran, di samping memastikan kebajikan mangsa terus diberi perhatian oleh semua pihak berkaitan.

Beliau menyatakan keprihatinan mendalam terhadap nasib mangsa kebakaran yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda, sambil menekankan keperluan tindakan bersepadu bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar layak.

Dayang Noorazah dalam ucapannya menegaskan bahawa komitmen membantu mangsa tidak akan terhenti setakat penyaluran bantuan awal, sebaliknya akan diteruskan melalui sokongan berterusan bagi membantu keluarga terjejas membina semula kehidupan mereka.

Menurutnya lagi, peruntukan yang disalurkan akan diagihkan kepada penerima yang layak dan digunakan khusus bagi tujuan pembinaan semula rumah mangsa kebakaran, selaras dengan garis panduan serta syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Mesyuarat Bersama Pejabat Daerah Sri Aman dan mangsa kebakaran Kampung Tengah Simanggang yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Sri Aman, semalam.

Mesyuarat tersebut diadakan bagi memberi penjelasan terperinci berhubung status bantuan ehsan kebakaran kepada mangsa-mangsa terlibat di Daerah Sri Aman, khususnya berkaitan proses permohonan dan penyaluran bantuan.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Sri Aman, Shariff Bujang, manakala penjelasan lanjut disampaikan oleh Pegawai Tadbir, Mohd Hamizan Yahya berhubung prosedur serta mekanisme bantuan yang telah ditetapkan.

ADUN Lingga, Dayang Noorazah semasa menghadiri Mesyuarat Bersama Pejabat Daerah Sri Aman dan mangsa kebakaran Kampung Tengah Simanggang yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Sri Aman, semalam. Foto ADUN Lingga

Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan ialah mangsa-mangsa kebakaran Kampung Tengah serta wakil Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Sri Aman, sekali gus mencerminkan kerjasama erat antara pihak pentadbiran dan komuniti setempat.

Sesi perbincangan tersebut memberi ruang kepada mangsa untuk mengemukakan pertanyaan serta mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan proses, syarat kelayakan dan status bantuan ehsan, selaras dengan ketetapan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Dalam pada itu, Dayang Noorazah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh; serta Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee atas keprihatinan serta sumbangan yang telah disalurkan bagi membantu mangsa kebakaran Kampung Tengah.

Beliau juga turut menzahirkan penghargaan kepada Pejabat Daerah Sri Aman atas kerjasama dan usaha memudahkan urusan penyampaian bantuan, sekali gus memastikan kebajikan mangsa kebakaran terus terpelihara dan tidak terabai.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: IPD Bintulu perkukuh kesiapsiagaan pasukan, manfaat teknologi moden
Next: 84 individu dilantik, disambung perkhidmatan KMKK DUN Bekenu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.