Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Salah tamatkan kemarau gol ketika Liverpool benam Qarabag 6-0
  • SUKAN

Salah tamatkan kemarau gol ketika Liverpool benam Qarabag 6-0

Utusan Sarawak 8 hours ago

Mohamed Salah meraikan jaringan menentang Qarabag. Foto AFP

LIVERPOOL: Mohamed Salah menamatkan kemarau jaringannya bersama Liverpool apabila The Reds membelasah Qarabag 6-0 awal pagi tadi untuk mengesahkan tempat ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara dan meredakan tekanan ke atas Arne Slot.

Pasukan bimbingan Slot menguasai sepenuhnya wakil Azerbaijan itu dengan jaringan separuh masa pertama oleh Alexis Mac Allister dan Florian Wirtz di Anfield.

Salah menjaringkan gol ketiga selepas rehat pada penampilan ke-80 Liga Juara-Juara bersama Liverpool, sekali gus menyamai rekod kelab. Ia merupakan gol pertamanya sejak 1 November, menamatkan kemarau lapan perlawanan tanpa jaringan.

Sepanjang tempoh itu, penyerang Mesir berusia 33 tahun tersebut pernah digugurkan, menyebabkan beliau mendakwa dirinya telah “dikorbankan” oleh kelab sambil menggambarkan hubungan yang suram dengan Slot.

Namun, Salah berdamai sebelum berlepas ke Piala Negara-Negara Afrika pada Disember dan Slot berharap gol tersebut mampu mencetuskan kebangkitan prestasinya.

Hugo Ekitike menjaringkan gol keempat sebelum Mac Allister dan Federico Chiesa melengkapkan kemenangan terbesar Liverpool dalam semua kejohanan sejak 2023, sekali gus memastikan mereka mara secara automatik ke pusingan 16 terakhir.

Selain mengelak pusingan play-off, kedudukan tempat ketiga Liverpool dalam fasa kumpulan memberi kelebihan kepada mereka untuk menjadi tuan rumah perlawanan timbal balik kedua di pusingan 16.

Walaupun dibelasah di Merseyside, Qarabag tetap layak ke play-off selepas menamatkan saingan di tempat ke-22.

Kemaraan Liverpool ke peringkat kalah mati amat penting buat Slot, yang berdepan soalan sukar mengenai kempen pasukannya yang bermasalah kebelakangan ini.

Slot sebelum ini membalas kritikan terhadap rentetan lima perlawanan tanpa kemenangan Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris selepas kekalahan 3-2 kepada Bournemouth hujung minggu lalu, dengan menegaskan musim ini tetap dianggap berjaya sekiranya mereka memenangi piala.

Namun, penyokong Liverpool semakin kecewa apabila pasukan itu ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu liga Arsenal, walaupun menjuarai liga musim lalu dan membelanjakan kira-kira £450 juta (AS$619 juta) untuk pemain baharu.

Reds mengganas

Slot mengakui “kebisingan” sekitar Liverpool adalah “wajar” dan mustahil untuk diredakan kecuali mereka melakukan “perkara istimewa” pada bulan-bulan terakhir musim ini.

Liga Juara-Juara dan Piala FA menawarkan harapan untuk mencapai sasaran tersebut, sementara pertembungan penting Liga Perdana menentang Newcastle dan Manchester City menanti dalam dua minggu akan datang.

Virgil van Dijk merupakan satu-satunya pertahanan tengah Liverpool yang cergas selepas Ibrahima Konate dan Joe Gomez diketepikan, memaksa Slot menurunkan pemain tengah Belanda, Ryan Gravenberch, di posisi pertahanan.

Pilihan pertahanan Slot semakin berkurangan apabila Jeremie Frimpong yang sering dilanda kecederaan terpaksa dikeluarkan selepas tiga minit permainan.

Namun, Liverpool tidak terganggu dan segera menguasai perlawanan.

Masalah Liverpool dalam situasi sepakan percuma dan sepakan sudut sebelum ini menyebabkan Slot memecat jurulatih set-piece Aaron Briggs pada Disember. Penggantinya, Lewis Mahoney, mencipta rutin sepakan sudut yang membawa kepada gol pembukaan pada minit ke-15.

Ekitike menanduk hantaran sepakan sudut Dominik Szoboszlai dan apabila Van Dijk gagal menyudahkan peluang, bola melantun tepat untuk Mac Allister menanduk masuk.

Wirtz menggandakan kelebihan Liverpool pada minit ke-21 dengan gol pertamanya dalam Liga Juara-Juara sejak menyertai kelab dari Bayer Leverkusen tahun lalu. 

Pemain Jerman itu menerima hantaran Ekitike dan, dengan pertahanan Qarabag berundur, beliau mempunyai ruang untuk melepaskan rembatan deras dari jarak 18 ela.

Salah memastikan kemenangan hampir pasti lima minit selepas separuh masa kedua bermula. 

Menerima umpanan tumit Szoboszlai, Salah melengkungkan sepakan percuma cantik melepasi penjaga gol Qarabag, Mateusz Kochalski, ke penjuru jauh.

Ekitike kemudian meluru untuk menjaringkan gol keempat Liverpool dengan penyudah tenang pada minit ke-57.

Mac Allister menyumbat gol kelima empat minit kemudian sebelum Chiesa menjaringkan gol pertamanya sejak September pada masa kecederaan. – AFP

Continue Reading

Previous: Liverpool, City & Barca ‘lepas awal’, PSG dan Real tersekat
Next: 11 petinju Zon Barat sedia berentap di SUKSAR IV 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.