Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Masih ada lot kosong di Bazar Ramadan MBM
  • Utara
  • WILAYAH

Masih ada lot kosong di Bazar Ramadan MBM

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DATUK Bandar MBM, Adam Yii.

MIRI: Walaupun tapak Bazar Ramadan anjuran Majlis Bandaraya Miri (MBM) di parkir New World Mart Lutong telah mencapai kuota penuh, masih terdapat beberapa lot kosong di tapak bazar lain yang diluluskan di sekitar bandar raya ini.

Datuk Bandar MBM, Adam Yii berkata, Bazar Ramadan di bawah kendaliannya tahun ini akan beroperasi secara eksklusif di tapak parkir New World Mart Lutong.

Manakala, Tapak bazar di Dataran Kipas  pula tidak diteruskan berikutan sambutan orang ramai yang kurang memberangsangkan.

“Sambutan terhadap lokasi di Lutong amat menggalakkan sehingga semua lot yang diperuntukkan telah diisi dalam tempoh singkat selepas permohonan dibuka dari 12 hingga 16 Januari lalu.

“Secara keseluruhan, sebanyak 44 permohonan peniaga bagi bazar kendalian MBM telah diterima dan kesemuanya diluluskan.

“Bagaimanapun, peniaga yang masih berminat menyertai perniagaan bazar Ramadan tahun ini tidak perlu bimbang kerana peluang masih terbuka di lokasi lain yang dikendalikan oleh persatuan atau agensi yang dilesenkan oleh MBM,” katanya selepas mempengerusikan  Messyuarat Ahli-Ahli Majlis di Dewan Bandaraya di sini, semalam.

Adam Yii berkata, antara tapak bazar yang telah diluluskan ialah tempat letak kereta sebelah Bank Rakyat Cawangan Permyjaya (55 lot), Permy Mall (80 lot), Emart Riam (31 lot), Emart Tudan (80 lot), Stadium Tertutup (120 lot), Bangunan RISDA Jalan Airport Miri (35 lot) serta kawasan parkir Kelab Gymkhana (43 lot).

Sehubungan itu, katanya MBM menggalakkan peniaga yang belum membuat permohonan supaya segera berbuat demikian bagi mengisi lot yang masih tersedia sebelum kuota di tapak-tapak berkenaan turut dipenuhi.

Dalam pada itu, Adam Yii berkata MBM menegaskan semua peniaga yang terlibat tahun ini telah melengkapkan sijil pengendalian makanan serta menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum mengemukakan borang di kaunter Bahagian Kesihatan Awam, selaras dengan syarat yang ditetapkan pihak majlis bagi menjamin keselamatan makanan kepada orang ramai.

Selain penganjuran bazar, katanya MBM bersama ahli jawatankuasa tetap juga merancang untuk mengadakan pengagihan bubur lambuk serta juadah berbuka puasa sepanjang Ramadan.

“Aktiviti tahunan itu merupakan inisiatif bagi mengeratkan hubungan serta memupuk keharmonian antara MBM dan komuniti setempat di Miri,” ujarnya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ziarah Kasih santuni 15 keluarga di Kampung Perpat
Next: Tong sampah baharu di Daro rosak akibat vandalisme

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.