Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Program Tinjauan Mesra Masyarakat perkukuh hubungan komuniti di Kuching
  • TEMPATAN

Program Tinjauan Mesra Masyarakat perkukuh hubungan komuniti di Kuching

Utusan Sarawak 16 hours ago
RAKAMAN gambar kenangan para peserta pada Program Tinjauan Mesra Masyarakat di Westwood Garden dan Jalan Datuk Hamdan di sepanjang Jalan Tabuan, baru-baru ini.

Program Tinjauan Mesra Masyarakat perkukuh hubungan komuniti di Kuching

KUCHING: Pengerusi Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Kuching, Kaunselor Nicholas Wung Duk Ying berkata Program Tinjauan Mesra Masyarakat merupakan platform berkesan untuk memperkukuh hubungan antara penduduk dan pihak berkuasa berkaitan serta menangani isu komuniti secara langsung di lapangan.

Beliau berkata program ini berlangsung selama satu jam yang bermula 5.30 petang, baru-baru ini meliputi semua lorong di Westwood Garden dan Jalan Datuk Hamdan di sepanjang Jalan Tabuan, serta menerima sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

“Program seperti ini membolehkan kami mendengar sendiri pandangan rakyat dan pada masa yang sama membawa semua agensi berkaitan bersama untuk menilai isu seperti perparitan, keadaan jalan, lampu jalan dan keselamatan awam secara terus,” katanya.

PENGERUSI Pemuda SUPP Cawangan Kuching, Kaunselor Nicholas Wung Duk Ying pada Program Tinjauan Mesra Masyarakat di Westwood Garden dan Jalan Datuk Hamdan di sepanjang Jalan Tabuan, baru-baru ini.

Program tersebut dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jalan Rock Bampfylde, Kawasan Rukun Tetangga Bukit Tuan dan Kejiranan Mesra Bukit Tuan, mencerminkan kerjasama erat antara pertubuhan komuniti.

Wung berkata penglibatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) memberi nilai tambah kepada program ini kerana isu yang dibangkitkan dapat diperiksa dan dinilai terus di lokasi.

Menurutnya, pihak PDRM turut memberi penerangan mengenai pencegahan jenayah, keselamatan lalu lintas serta memperkenalkan aplikasi ‘Volunteer Smartphone Patrol’ kepada penduduk, manakala pegawai DBKU menjalankan pemeriksaan terhadap isu infrastruktur yang dikemukakan.

PIHAK polis dan DBKU turut serta dalam Program Tinjauan Mesra Masyarakat di Westwood Garden dan Jalan Datuk Hamdan di sepanjang Jalan Tabuan, baru-baru ini.

“Walaupun hujan turun menjelang akhir program, tinjauan tetap diteruskan sehingga selesai. Ini menunjukkan komitmen dan semangat kerjasama yang tinggi daripada semua pihak,” katanya.

Beliau turut menyambut baik cadangan Kapitan Fong Yee Chee dari JKKK Jalan Rock Bampfylde untuk menganjurkan program yang sama di kawasan lain bagi memperkukuh lagi penglibatan komuniti.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 72 alat pemadam api disalur ke rumah pangsa di Taman Flora Indah
Next: 34 mangsa banjir ditempatkan di PPS Sebuyau setakat 8.00 malam ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.