Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Bengkel InnovateSarawak bantu bakal usahawan mulakan perrniagaan dengan yakin
  • PENDIDIKAN

Bengkel InnovateSarawak bantu bakal usahawan mulakan perrniagaan dengan yakin

Utusan Sarawak 5 hours ago
PESERTA mengikuti Siri Bengkel #InnovateSarawak: Mulakan Perjalanan, Majukan Perniagaan yang akan berlangsung pada 7 Februari depan di Hab Inovasi Digital TEGAS (TDIH), Miri bagi membimbing bakal usahawan memahami proses pendaftaran perniagaan, pematuhan undang-undang dan persediaan awal syarikat.

MIRI: Usaha memperkasa bakal usahawan tempatan diperkukuh menerusi penganjuran Bengkel InnovateSarawak: Mulakan Perjalanan, Majukan Perniagaan, merupakan sebuah bengkel komprehensif yang direka khas untuk membantu individu memulakan perniagaan dengan lebih yakin dan tersusun.

Bengkel yang akan berlangsung pada 7 Februari depan, dari 9.00 pagi hingga 5.30 petang di Hab Inovasi Digital TEGAS (TDIH), Miri, memberi pendedahan menyeluruh mengenai proses pendaftaran perniagaan termasuk pengisian borang dan dokumentasi, pemilihan struktur perniagaan yang sesuai, keperluan lesen serta pematuhan peraturan, selain persediaan awal penubuhan syarikat.

PESERTA mengikuti Siri Bengkel #InnovateSarawak: Mulakan Perjalanan, Majukan Perniagaan yang akan berlangsung pada 7 Februari depan di Hab Inovasi Digital TEGAS (TDIH), Miri bagi membimbing bakal usahawan memahami proses pendaftaran perniagaan, pematuhan undang-undang dan persediaan awal syarikat.

Sesi bengkel ini akan dikendalikan oleh Pengarah RS Pusat Cube Sdn Bhd, Sharifah Rafidah Wan Mansor, yang berpengalaman lebih 25 tahun dalam bidang litigasi, pematuhan peraturan dan khidmat nasihat undang-undang.

PESERTA mengikuti Siri Bengkel #InnovateSarawak: Mulakan Perjalanan, Majukan Perniagaan yang akan berlangsung pada 7 Februari depan di Hab Inovasi Digital TEGAS (TDIH), Miri bagi membimbing bakal usahawan memahami proses pendaftaran perniagaan, pematuhan undang-undang dan persediaan awal syarikat.

Menurut penganjur, bengkel ini bertujuan membimbing peserta memahami asas-asas penting sebelum melangkah ke dunia keusahawanan, sekali gus mengurangkan risiko kesilapan awal dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan perniagaan.

Orang ramai yang berminat dialu-alukan untuk mendaftar awal melalui pautan bit.ly/WS26_2MYY.

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Uggah perkasa pendidikan luar bandar, umum peruntukan RM1.5 juta naik taraf SK Saint John Nanga Tiga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.