Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jalan lencongan Batu Kitang undang kesesakan serius
  • TEMPATAN

Jalan lencongan Batu Kitang undang kesesakan serius

Utusan Sarawak 6 hours ago
ADUN Batu Kitang, Dato Ir Lo Khere Chiang bersama pihak JKR ketika ditemui media berkenaan aduan daripada orang awam berhubung jalan lencongan Batu Kitang yang kini menyebabkan kesesakan lalu lintas yang serius, hari ini.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Ir Lo Khere Chiang hari ini meredah hujan untuk meninjau kesesakan lalu lintas yang semakin teruk di Jalan Batu Kitang dan Jalan Haji Baki akibat keadaan jalan lencongan yang rosak.

Lo berkata jalan lencongan sepanjang kira kira 200 meter itu dibuka kira kira dua minggu lalu selepas bahu jalan runtuh akibat hakisan tanah serius susulan paip air pecah pada 9 Januari lalu.

Menurut beliau, jalan lencongan tersebut kini berada dalam keadaan sangat teruk, dipenuhi batu kecil dan kerikil, tidak rata serta berlumpur akibat hujan berterusan, sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk dari awal pagi hingga lewat petang.

Beliau menggesa Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya segera menambah baik dan melakukan kerja dengan campuran asfalt (premix) di jalan lencongan berkenaan bagi melancarkan aliran trafik harian.

“Saya menerima banyak aduan, termasuk hari ini. Dari lampu isyarat di Batu 7 hingga ke kawasan ini, kesesakan tidak berkesudahan. Saya tidak boleh membiarkan penduduk Batu Kitang menghadapi situasi ini setiap hari. 

Penduduk Bau juga menggunakan laluan ini. Bayangkan jumlah kenderaan yang melalui jalan ini setiap hari. Ia benar benar menyeksakan,” katanya.

Lo berkata kerja menaik taraf jalan lencongan telah dimulakan dan dijangka siap dalam tempoh tiga hari.

Namun, beliau menyuarakan keraguan terhadap jangkaan JKR bahawa kerja pembaikan jalan asal boleh disiapkan dalam masa tiga minggu berikutan cuaca yang tidak menentu serta kerja pemasangan sheet pile yang masih dijalankan.

Mengenai perancangan jangka panjang, Lo berkata tiada perancangan untuk melebarkan jalan sedia ada buat masa ini, namun beliau memahami bahawa kerajaan merancang pembinaan jalan empat lorong dari Sentosa ke Bau serta dari Kampung Bimbok ke Jalan Stephen Yong.

“Setakat yang saya tahu, kerja pembinaan telah bermula di Bau menuju ke Jalan Stephen Yong. Sepanjang tempoh pembinaan mungkin berlaku kesesakan lalu lintas, tetapi selepas siap nanti, tidak akan timbul masalah kenderaan berat.

Sebahagian Jalan Stephen Yong sudah mempunyai empat lorong dan tender dijangka dipanggil tidak lama lagi dengan kerja perunding dan reka bentuk hampir siap,” katanya.

Mengenai isu paip air, Lo berkata masalah bekalan air telah diselesaikan dan beliau yakin tiada risiko paip pecah dalam beberapa bulan akan datang. Beliau menambah fasa seterusnya ialah kerja menaikkan kedudukan paip.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Banjir: Satu PPS dibuka di Kota Samarahan
Next: Sibu River Cruise berpotensi jadi tarikan utama sempena Tahun Melawat Malaysia 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.