KUCHING: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menyeru agar pemilik haiwan di negeri supaya mengambil peluang yang telah disediakan oleh pihak kerajaan dalam memastikan anjing mereka diberi vaksin anti-rabies.
Datuk Wee Hong Seng berkata, pemilik anjing di negeri ini perlu mengambil inisiatif yang telah dibuat oleh pihak kerajaan di dalam memastikan haiwan peliharaan mereka mendapatkan suntikan vaksin anti-rabies secara percuma yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Verterinar Sarawak.
Katanya, pemilik anjing harus sedar akan tanggungjawab mereka sebagai pemilik haiwan dalam memastikan haiwan peliharaan mereka selamat dari virus rabies.
“Penyakit rabies masih ada malah ia membahayakan orang ramai, saya menyeru kepada pemilik haiwan supaya melaksanakan tanggungjawab mereka dengan memastikan haiwan mereka diberi vaksin anti-rabies ini supaya haiwan peliharaan mereka tidak jangkit anjing lain dan selamat kepada masyarakat.
“Saya juga berharap agar pemilik haiwan terus bekerjasama untuk membendung penularan wabak rabies di Sarawak. Di program seperti ini semua fasiliti telah disediakan dan yang hanya perlu mereka lakukan adalah datang dan bawa haiwan peliharaan mereka sahaja,” katanya ketika ditemui media semalam.
Terdahulu, Pegawai bahagian Kesihatan Verterinar Dr.Nicholas Jenek berkata, pemilik anjing di negeri ini perlu memanfaat sepenuhnya peluang tersebut bagi membantu kerajaan membendung penularan wabak rabies di Sarawak.
“Setakat hari ini sebanyak 200 ekor anjing yang berjaya diberi suntikan vaksin di program ini. Kita berharap agar lebih ramai lagi pemilik haiwan turut serta dalam program seperti ini di masa akan datang kerana kita mahu pada tahun 2025 Sarawak bebas dari penyakit rabies.
“Pemilik haiwan khususnya anjing diminta tampil untuk membawa haiwan peliharaan masing-masing untuk disuntik vaksin kerana virus rabies ini boleh menjangkiti anjing malah ia turut membahayakan orang ramai.
“Kerjasama daripada semua pihak adalah penting sekiranya ia dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Verterinar Sarawak sahaja tanpa kerjasama daripada orang awan usaha ini adalah sia-sia sahaja,” katanya.
Jelasnya lagi, program yang dibuat hari ini lebih memberi tumpuan kepada haiwan anjing sahaja.
“Manakala bagi pemilik Kuching, mereka boleh mendapatkan vaksin tersebut di klinik verterinar yang berdekatan dengan mereka.
“Selain daripada vaksin, program ini juga turut menawarkan perkhidmatan seperti pembaharuan lesen anjing dan mikrocip kepada haiwan peliharaan,”ujarnya ketika ditemui media pada Program Vaksin besar-besaran di Dewan Masyarakat (MBKS), Semalam.
Dalam pada itu, Jabatan Perkhidmatan Verterinar Sarawak bakal mengadakan sambutan Hari Rabies Dunia pada 17 Oktober 2020 yang bertempat di Dewan Masyarakat MBKS.
Oleh Jeakqleyn Yacho