Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran rumah dua tingkat di Desa Ilmu berjaya dikawal, tiada mangsa
  • KEBAKARAN

Kebakaran rumah dua tingkat di Desa Ilmu berjaya dikawal, tiada mangsa

Utusan Sarawak 6 hours ago
ANGGOTA bomba menjalankan kerja-kerja pemadaman kebakaran bilik di tingkat atas sebuah rumah dua tingkat di Lorong 7, Desa Ilmu, pagi tadi. Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya tanpa melibatkan sebarang mangsa. Foto JBPM

KOTA SAMARAHAN: Sebuah rumah berstruktur kekal dua tingkat di Lorong 7, Desa Ilmu mengalami kebakaran kecil pagi tadi, namun berjaya dikawal sepenuhnya oleh pasukan bomba tanpa melibatkan sebarang mangsa.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 10.55 pagi sebelum jentera tiba di lokasi kejadian pada 11.06 pagi, dengan jarak sekitar 10 kilometer dari balai.

Komander Operasi, PKPgB Muhammad Mirza Dzalmira Miraj, berkata sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati kebakaran melibatkan sebuah bilik di tingkat atas rumah berkenaan, dengan anggaran keluasan 10 x 12 kaki persegi.

“Kebakaran melibatkan tilam di bilik penghuni dengan peratusan kebakaran dianggarkan 10 peratus. Operasi pemadaman berjaya dikawal pada 11.20 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 12.12 tengah hari,” katanya.

Operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan satu nozel, dan pemeriksaan lanjut mendapati tiada lagi punca api aktif di lokasi kejadian.

Seramai 15 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan dengan bantuan BBP Tabuan Jaya terlibat dalam operasi tersebut, menggunakan dua jentera FRT dan sebuah EMRS.

Tambah beliau, kejadian itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa, dan punca kebakaran masih dalam siasatan lanjut.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Lima maut dalam kebakaran di selatan India

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.