Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Sembilan maut rumah ditimpa runtuhan salji di barat laut Pakistan
  • GLOBAL

Sembilan maut rumah ditimpa runtuhan salji di barat laut Pakistan

Utusan Sarawak 10 hours ago
SEMBILAN ahli sebuah keluarga maut selepas runtuhan salji melanda kawasan Seregal, Chitral, manakala seorang kanak-kanak terselamat. Usaha menyelamat diteruskan di Lembah Tirah yang dilanda salji. Foto Agensi

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya sembilan maut manakala seorang kanak-kanak berjaya diselamatkan selepas runtuhan salji menimpa sebuah rumah di Daerah Chitral, Wilayah Khyber Pakhtunkhwa, barat laut Pakistan pada Jumaat, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan pegawai.

Jurucakap perkhidmatan menyelamat Rescue 1122, Bilal Faizi berkata kejadian berlaku di kawasan pergunungan di daerah itu apabila salji tebal mencetuskan runtuhan yang menimbus sebuah keluarga seramai 10 orang di bawah timbunan salji dan runtuhan bangunan.

Beliau berkata salji tebal yang berterusan dan keadaan cuaca ekstrem telah meningkatkan risiko runtuhan salji serta insiden serupa di wilayah pergunungan, selain menggesa penduduk supaya mengelakkan perjalanan tidak penting dan kekal berwaspada.

Pasukan Rescue 1122 di Daerah Chitral kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga memandangkan cuaca buruk masih berterusan di rantau berkenaan, kata Faizi.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Lapan maut, 82 dikhuatiri hilang dalam kejadian tanah runtuh di Bandung Barat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.