
MARUDI: Seorang lelaki berusia 34 tahun terpaksa menghubungi anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Marudi bagi mendapatkan bantuan selepas kunci keretanya tertinggal di dalam kenderaan tersebut.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri berkata PKOD Marudi menerima panggilan pada 3.15 petang kelmarin daripada Mohd Ramzan Nurawi, seorang pemandu Pos Laju dari Taman Dah Yuh, Marudi, yang memohon bantuan membuka pintu kereta selepas kunci tertinggal di dalam kenderaan.
Anggota Pertahanan Awam bergerak ke lokasi, sebaik menerima panggilan tersebut yang kira-kira jaraknya tujuh kilomter dari PKOD.
Sebaik tiba di tempat kejadian anggota pasukan APM menjalankan operasi membuka pintu kenderaan berkenaan dengan menggunakan peralatan khas.
Oleh Jiku Juguong