
KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Hartanah Kenyalang Bhd, Hartanah Construction Sdn Bhd telah memperoleh kontrak RM184.3 juta daripada Jabatan Kerja Raya Sarawak untuk menaik taraf dan membaiki Stadium Sarawak.
Kumpulan itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata tempoh kontrak selama 12 bulan itu berkuat kuasa mulai 30 Januari 2026 hingga 29 Januari 2027.
“Tanpa mengambil kira sebarang keadaan yang tidak dijangka, kontrak itu akan menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2026 dan sehingga projek itu selesai,” kata Hartanah Kenyalang.
-Bernama