Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 26 saman dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah IPD Saratok
  • JENAYAH

26 saman dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah IPD Saratok

Utusan Sarawak 7 hours ago
OPERASI Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dilaksanakan oleh IPD Saratok di sekitar daerah ini, semalam. Foto IPD Saratok

SARATOK: Sebanyak 26 keping saman telah dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di sekitar daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, operasi yang dijalankan selama dua jam bermula 3.30 petang hingga 5.30 petang itu memberi tumpuan kepada aspek pencegahan jenayah serta penguatkuasaan undang-undang jalan raya.

Menurut beliau, operasi berkenaan bertujuan menurunkan kadar jenayah indeks khususnya di kawasan panas jenayah melalui pendekatan operasi bersepadu bersasar, selain mempamerkan kehadiran polis atau ‘omnipresence’ bagi meningkatkan rasa selamat dalam kalangan masyarakat.

“Selain itu, operasi ini juga memfokuskan kepada pemeriksaan individu dan kenderaan yang mencurigakan menerusi sekatan jalan raya dan pemeriksaan mengejut, di samping mengurangkan kesalahan lalu lintas terutama melibatkan penunggang motosikal,” katanya dalam satu kenyataan.

OPERASI Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dilaksanakan oleh IPD Saratok di sekitar daerah ini, semalam. Foto IPD Saratok

DSP Mathew menjelaskan, operasi tersebut diketuai oleh Pegawai Operasi, Inspektor Muhammad Asraf Mad Nasir dengan kekuatan seramai 16 anggota terdiri daripada seorang pegawai dan 15 anggota pelbagai unit.

Sepanjang operasi dijalankan, seramai 80 individu dan 78 buah kenderaan telah diperiksa di beberapa lokasi tumpuan termasuk sekatan jalan di Lebuh Raya Pan Borneo serta rondaan di kawasan pasar, kampung dan taman perumahan sekitar Kabong, Saratok dan Roban.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 26 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas, namun tiada sebarang tangkapan atau rampasan direkodkan,” ujarnya.

Beliau menegaskan, IPD Saratok akan terus melaksanakan operasi seumpama ini secara berkala bagi mengekang kegiatan jenayah, mengesan individu dikehendaki serta memastikan pematuhan undang-undang dalam kalangan pengguna jalan raya demi keselamatan dan kesejahteraan orang ramai.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 18 kenderaan disita, termasuk empat kenderaan mewah di Kuching
Next: Suri rumah rugi RM243,300 ditipu cabutan bertuah dalam talian di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.