Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bangunan Komuniti DBNA Serian dijangka siap sepenuhnya 13 Februari ini
  • TEMPATAN

Bangunan Komuniti DBNA Serian dijangka siap sepenuhnya 13 Februari ini

Utusan Sarawak 6 hours ago
PROJEK pembinaan Bangunan Komuniti DBNA Serian dijangka dapat diserahkan sepenuhnya pada 13 Februari depan. Foto UKAS

SERIAN: Projek pembinaan Bangunan Komuniti DBNA Serian dijangka dapat diserahkan sepenuhnya pada 13 Februari depan sekali gus membuka laluan kepada pengoperasian kemudahan tersebut untuk kegunaan komuniti setempat.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden DBNA Sarawak, Datuk Ik Pahon Joyik semasa mengetuai lawatan khas Exco DBNA Pusat ke tapak projek berkenaan di sini, hari ini.

Menurut beliau, setakat ini, kemajuan fizikal keseluruhan projek telah mencapai 95 peratus siap, dengan baki kerja melibatkan kemasan akhir dan penyempurnaan komponen tertentu masih giat dijalankan oleh pihak kontraktor.

“Tempoh tambahan yang diberikan diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh kontraktor bagi memastikan semua kerja disiapkan mengikut spesifikasi serta kualiti yang ditetapkan sebelum penyerahan rasmi dibuat,” katanya.

Dalam pada itu, pihak DBNA Serian turut disarankan untuk membuat persediaan awal bagi pengoperasian bangunan sebaik Permit Menduduki (OP) diperoleh yang dijangka selepas pertengahan Februari ini.

Antara cadangan yang dikemukakan termasuk penganjuran majlis penyerahan projek dengan menjemput Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus mengadakan mesyuarat Exco DBNA Serian bagi membincangkan pelantikan pengurusan operasi, keselamatan bangunan dan operasi kantin.

Bangunan Komuniti DBNA Serian dijangka menjadi pusat aktiviti dan pembangunan sosial yang penting kepada komuniti setempat, sekali gus memperkukuh peranan DBNA di peringkat akar umbi.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Mahkamah Adat Sarawak ada peranan tersendiri, bukan setaraf Mahkamah Syariah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.