105 kenderaan diperiksa, pelbagai kesalahan jalan raya dikesan di Kuching

Facebook
WhatsApp
 PENGUAT KUASA JPJ Kuching menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan perdagangan dan motosikal sempena Ops Motosikal serta Ops Gempur Kenderaan Perdagangan di sekitar bandar Kuching, bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan dan undang-undang jalan raya. Foto JPJ Sarawak

KUCHING: Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak melalui JPJ Kuching telah melaksanakan penguatkuasaan secara rondaan dan pemantauan menerusi Ops Motosikal serta Ops Gempur Kenderaan Perdagangan di sekitar kawasan bandar Kuching, semalam.

Operasi berkenaan dilaksanakan bagi memastikan tahap pematuhan pengguna jalan raya terhadap peraturan serta undang-undang jalan raya sentiasa dipatuhi, sekali gus meningkatkan aspek keselamatan semua pengguna.

Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 105 kenderaan perdagangan dan persendirian telah diperiksa oleh pasukan penguat kuasa JPJ.

PENGUAT KUASA JPJ Kuching menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan perdagangan dan motosikal sempena Ops Motosikal serta Ops Gempur Kenderaan Perdagangan di sekitar bandar Kuching, bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan dan undang-undang jalan raya. Foto JPJ Sarawak
 

Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan telah dikesan, antaranya lesen memandu tamat tempoh, cukai jalan tamat tempoh, kenderaan tanpa perlindungan insurans yang sah serta pelbagai kesalahan lain yang melibatkan aspek teknikal kenderaan.

Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan telah diambil terhadap pemandu dan pemilik kenderaan terlibat selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Menurut JPJ Sarawak, operasi seumpama ini akan terus dilaksanakan secara berterusan dan berfokus, khususnya terhadap motosikal dan kenderaan perdagangan yang dikenal pasti berisiko tinggi melakukan pelanggaran peraturan.

PENGUAT KUASA JPJ Kuching menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan perdagangan dan motosikal sempena Ops Motosikal serta Ops Gempur Kenderaan Perdagangan di sekitar bandar Kuching, bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan dan undang-undang jalan raya. Foto JPJ Sarawak
 

Langkah berkenaan juga bertujuan mendidik pengguna jalan raya agar lebih bertanggungjawab serta memastikan kenderaan yang digunakan berada dalam keadaan selamat dan mematuhi spesifikasi ditetapkan.

JPJ Sarawak menegaskan komitmen berterusan jabatan itu dalam memperkukuh penguatkuasaan demi menjamin keselamatan jalan raya serta kesejahteraan pengguna di negeri ini.

Lelaki didenda miliki minuman keras

MIRI:  Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret Miri hari