Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kejayaan besar PDRM Lawas tumpas sindiket dadah
  • Utara
  • WILAYAH

Kejayaan besar PDRM Lawas tumpas sindiket dadah

Utusan Sarawak 6 hours ago
PANGGILAN NAMA…DSP Liong pada Program Panggil Nama, Lafaz Ikrar Rukun Negara dan Nyanyian Lagu Negaraku menerima laporan daripada Inspektor Masri. Foto: Polis Lawas

LAWAS: Kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Lawas mematahkan cubaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 252.33 gram bernilai sekitar RM50,000 di pintu masuk Pos Kawalan Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQS) Merapok, Rabu lalu, disifatkan sebagai satu pencapaian besar dalam usaha membanteras dadah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan menzahirkan penghargaan serta pengiktirafan secara peribadi kepada warga Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Lawas atas kejayaan berkenaan.

“Syabas dan tahniah kepada BSJND Lawas atas kejayaan tangkapan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 baru-baru ini. Saya berharap semua anggota terus mempamerkan mutu perkhidmatan yang cemerlang serta melaksanakan tugas kepolisan dengan selamat dan berintegriti demi kepercayaan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Program Panggil Nama, Lafaz Ikrar Rukun Negara dan Nyanyian Lagu Negaraku yang berlangsung di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas, hari ini.

AMANAT TEGAS…DSP Liong hargai sumbangan dan perkhidmatan baik PDRM Lawas. Foto: Polis Lawas

Dalam kejadian itu, seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun ditahan pada 6.45 pagi ketika memandu sebuah kereta dari Sabah menuju ke Daerah Lawas.

Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan berkenaan, polis menemukan dan merampas lima bungkusan plastik pelbagai saiz mengandungi hablur kristal jernih serta berwarna biru yang disyaki dadah jenis syabu, dengan berat kasar keseluruhan 252.33 gram dan dianggarkan bernilai RM50,000.

DSP Liong turut merakamkan penghargaan atas komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan oleh anggota terlibat dalam melaksanakan tugas.

Beliau turut mengingatkan semua anggota agar terus menitikberatkan aspek disiplin diri, kebersihan tempat bertugas, pematuhan penugasan barisan hadapan serta kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut.

Program berkenaan dimulakan dengan laporan kehadiran oleh Pegawai Baris, Inspektor Masri Lamsin, diikuti nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Sang Saka Biru, bacaan doa serta Lafaz Ikrar Taat Setia.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Semua pihak digesa berganding bahu jaga kebersihan Bandar Simanggang
Next: Gangguan bekalan air tidak berjadual di Bau bermula malam ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.