Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Bau perhebat rondaan, Operasi Bersepadu Mingguan Cegah Jenayah dilaksanakan
  • JENAYAH

Polis Bau perhebat rondaan, Operasi Bersepadu Mingguan Cegah Jenayah dilaksanakan

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANGGOTA Polis Daerah Bau menjalankan pemeriksaan kenderaan dalam Operasi Bersepadu Mingguan Cegah Jenayah di sekitar Pekan Bau

BAU: Polis Bau telah menjalankan Operasi Bersepadu Mingguan Cegah Jenayah dari  8.00 pagi hingga 3.00 pagi bagi memperkukuh usaha pencegahan jenayah serta meningkatkan kehadiran polis di kawasan dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd Haide A Rahman berkata operasi tersebut melibatkan seramai 13 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bau.

Menurut beliau, operasi berkenaan memberi tumpuan kepada rondaan cegah jenayah atau Ronda Bit di sekitar Pekan Bau serta pemeriksaan mengejut di Jalan Suba Buan.

“Hasil operasi mendapati sebanyak 39 kenderaan pelbagai jenis telah diperiksa, selain pemeriksaan ke atas 40 orang awam tempatan yang terdiri daripada 27 lelaki dan 13 wanita,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang operasi tersebut, sebanyak sembilan saman atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan.

Tambah beliau, Operasi Bersepadu Cegah Jenayah itu dilaksanakan bagi meningkatkan kehadiran anggota polis serta memperkukuh usaha pencegahan jenayah di lokasi yang dikenal pasti.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Syabu 5.05 gram dirampas, lelaki ditahan di Jalan Sungai Kesa
Next: Polis tahan lelaki positif dadah dalam Operasi Tapis Khas IPD Lubok Antu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.