Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Anjung Usahawan Sundar dibuka, penduduk digesa jaga alam sekitar
  • Utara
  • WILAYAH

Anjung Usahawan Sundar dibuka, penduduk digesa jaga alam sekitar

Utusan Sarawak 8 hours ago
SAMBUTAN HANGAT….Awang Tengah disambut meriah sebaik tiba di perkarangan Anjung Usahawan Sundar.

LAWAS: Kelestarian alam sekitar perlu dijaga bagi mengimbangi pembangunan pesat negeri ini serta memastikan sumber bekalan makanan terus terpelihara.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata alam sekitar merupakan sumber kehidupan yang amat penting untuk dijaga bagi kesejahteraan manusia dan makhluk lain di bumi.

“Saya harap tiada pencemaran berlaku. Setakat ini, kawasan Brunei Bay di hadapan Awat-Awat, Punang, Kuala Lawas dan Sundar masih mempunyai kualiti air yang baik, sesuai untuk pembangunan akuakultur. Ini adalah antara kawasan yang akan kita manfaatkan untuk membantu rakyat,” katanya pada perasmian Anjung Usahawan Sundar di daerah kecil Sundar hari ini.

Awang Tengah menambah, kerajaan negeri telah melabuhkan tukun tiruan (reef ball) di beberapa lokasi termasuk Kuala Lawas, Punang, dan Kampung Awat-Awat bagi memelihara hidupan laut serta menyokong pembangunan akuakultur.

ANJUNG USAHAWAN SUNDAR.., terletak di lokasi strategik pekan kecil Sundar, bakal menjadi pusat tumpuan peniaga kecil luar bandar untuk berkembang dalam dunia perniagaan

Beliau turut menekankan kepentingan melindungi kawasan laut di Teluk Brunei yang menjadi sumber utama hidupan laut serta kawasan delta Sundar yang subur, yang juga lokasi penanaman padi komersial di utara Sarawak.

“Segala anugerah alam ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh penduduk setempat tanpa menjejaskan kelestarian alam sekitar,” katanya.

Pada kesempatan itu, beliau meninjau kawasan sekitar Anjung Usahawan Sundar dan menggesa penduduk setempat menjaga premis berkenaan bagi kegunaan peniaga kecil di kampung tersebut.

Selain itu, Awang Tengah secara spontan mengumumkan agar Anjung Usahawan Sundar dijadikan tapak Bazaar Ramadan yang akan berlangsung bulan depan.

Majlis tersebut turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang; Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED), Datu Lester Matthew; Pegawai Daerah Lawas, Ladin Atok; serta kenamaan tempatan lain.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Anjung Usahawan dibina di Lawas untuk galak usahawan luar bandar
Next: Penduduk Tanjung Upar nikmati bekalan elektrik 24 jam, impian jadi kenyataan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.