MARUDI: Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Marudi menerima panggilan kecemasan daripada orang awam bagi mendapatkan bantuan menangkap seekor biawak yang menyelinap masuk ke dalam stor Hospital Marudi, petang semalam.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri memberitahu, sebaik menerima panggilan daripada pengadu, Suhana Azahar, beliau mengarahkan tiga anggotanya ke lokasi yang diketuai Sarjan (PA) Siti Naquiah Abdullah untuk menangkap haiwan berkenaan.
Menurutnya, setibanya di lokasi, pengadu memaklumkan bahawa seekor biawak berada di dalam stor berkenaan.
“Anggota APM kemudian menjalankan operasi menangkap haiwan itu menggunakan penjerut dan peralatan khas,” katanya.
Operasi selesai pada 13.38 petang dan anggota APM kemudiannya kembali ke PKOD Marudi, yang terletak kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian.





