Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan sentiasa tambah baik jaringan SARA usaha bantu rakyat – Amir Hamzah
  • NASIONAL

Kerajaan sentiasa tambah baik jaringan SARA usaha bantu rakyat – Amir Hamzah

Utusan Sarawak 7 hours ago
MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Hari Komuniti MyPlus 2025/2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Bukit Kuda, hari ini. Foto BERNAMA

KLANG: Kerajaan sentiasa melihat cara terbaik untuk penambahbaikan bagi usaha memperluas jaringan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) supaya matlamatnya membantu rakyat kurang berkemampuan tercapai.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata untuk itu, usaha melebarkan jaringan kedai khususnya kedai kecil yang terlibat bertujuan memudahkan rakyat mendapatkan barangan keperluan harian.

Di samping itu, beliau berkata lebih banyak produk akan dimasukkan ke dalam SARA termasuk produk tempatan dalam memberikan pilihan kepada pengguna untuk mendapat barangan keperluan.

“Dulu hanya barang-barang asas. Lepas itu kita perluas untuk penggunaan contohnya pembelian ubat gigi dan lain-lain. 

“Namun, apabila kita tambah baik dan perluas (jaringan kedai), kita kena lihat cara untuk kita pantau (control) agar betul-betul dapat membantu rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Hari Komuniti MyPlus di Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) atau SMK (P) Bukit Kuda, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi PLUS Datuk Mohamad Nasir Ab Latif dan Lembaga Pengarah PLUS dan Pengarah Urusan UEM Group Berhad Datuk Amran Hafiz Affifudin.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dilaporkan berkata penambahbaikan SARA digubal dengan penuh iltizam bagi memastikan rakyat dapat memenuhi keperluan asas secara lebih tersusun, bersasar dan berterusan.

Menerusi hantaran Facebook semalam, Anwar berkata langkah itu sejajar dengan tekad Kerajaan MADANI untuk meringankan beban kos sara hidup yang sedang dihadapi rakyat, dengan sebanyak 3.1 juta individu bujang turut menerima manfaat SARA melalui pengkreditan terus ke dalam MyKad bermula semalam.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican berkata SARA bulanan yang disalurkan sejak 9 Januari lepas menyaksikan hampir satu pertiga daripada kira-kira RM624.97 juta dibelanjakan hingga 13 Januari.

Dalam perkembangan lain, Amir Hamzah berharap tidak akan timbul lagi isu pemohon tidak mengemukakan maklumat tidak tepat dalam permohonan bantuan termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

“Saya harap takkan banyak ada isu macam ini tapi bila kerajaan nampak kalau ada cara yang tidak sepatutnya, macam kes yang ini, kerajaan akan tarik balik,” katanya yang mengulas kes dakwaan seorang individu layak untuk menerima bantuan STR, meskipun hasil sewaan enam rumah miliknya menjadikan pendapatannya melebihi nilai ambang kelayakan.

Kementerian Kewangan (MoF) menerusi kenyataan pada 14 Januari lepas berkata kerajaan berhak menarik balik sebarang bantuan termasuk STR sekiranya pemohon mengemukakan maklumat tidak tepat.- Bernama

Continue Reading

Previous: Nadia Kesuma dikesan sudah keluar dari Lapangan Terbang di Jeddah – Mohamad

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.