Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan, dua kes curi motosikal berjaya diselesaikan di Miri
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan, dua kes curi motosikal berjaya diselesaikan di Miri

Utusan Sarawak 6 hours ago
DITAHAN… Suspek ditahan bersama motosikal disyaki hasil curi. Foto IPD Miri

MIRI: Polis menahan dua lelaki tempatan  yang dipercayai terlibat dalam kes kecurian motosikal di sekitar Lutong Baru di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner  Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita tempatan mengenai kehilangan motosikal jenis Kriss MJ110 sekitar 12.30 pagi, 7 Januari lalu.

Menurut beliau, hasil risikan dan operasi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) membawa kepada penahanan kedua-dua suspek berusia 26 dan 31 tahun pada 15 dan 16 Januari 2026.

“Dalam operasi tersebut, polis turut merampas dua motosikal curi yang dilaporkan hilang sebelum ini, sekali gus berjaya menyelesaikan dua kes kecurian motosikal.

“Kedua-dua suspek kini direman sehingga 19 dan 20 Januari ini bagi membantu siasatan lanjut. Semakan mendapati mereka mempunyai rekod lampau berkaitan kes curi dan penyalahgunaan dadah,” katanya dalam kenyataan petang tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi tujuh tahun serta denda jika disabitkan kesalahan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Tiada unsur jenayah atau khianat kejadian kebakaran rumah di Kampung Sessang
Next: 10 individu ditahan, bas disita Ops Serkap di Lebuh Raya Pan Borneo Sri Aman-Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.