Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Kabong santuni mangsa kebakaran Kampung Hulu Sessang, JKM salur bantuan RM12,300
  • Tengah
  • WILAYAH

ADUN Kabong santuni mangsa kebakaran Kampung Hulu Sessang, JKM salur bantuan RM12,300

Utusan Sarawak 7 hours ago
SANTUNI MANGSA… Dato Mohd Chee Kadir bersama isteri menyantuni keluarga mangsa kebakaran di Kampung Hulu Sessang sekali gus menyampaikan bantuan daripada JKM. Foto ADUN Kabong

KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir menzahirkan rasa sedih dan empati yang mendalam atas musibah kebakaran yang menimpa keluarga Raini Peli di Kampung Hulu Sessang, sambil berharap agar keluarga mangsa terus tabah dan kuat menghadapi dugaan berat tersebut.

Menurut beliau, kejadian berkenaan amat menyentuh perasaan kerana keluarga mangsa bukan sahaja kehilangan tempat berteduh, malah berdepan cabaran besar untuk meneruskan kehidupan seharian. 

Justeru, beliau menggesa semua pihak agar terus berganding bahu membantu keluarga tersebut dalam tempoh pemulihan ini.

“Saya amat bersimpati dengan apa yang berlaku. Musibah seperti ini benar-benar menguji kekuatan emosi dan fizikal sesebuah keluarga. 

“Saya berharap mereka terus cekal, tabah dan tidak berputus asa kerana mereka tidak keseorangan,” katanya ketika menyantuni keluarga mangsa dalam satu lawatan kemasyarakatan, petang ini, bersama isterinya, Datin Meryani Yassin. 

KEADAAN rumah mangsa kebakaran. Foto ADUN Kabong

Lawatan itu bertujuan menyampaikan sokongan moral serta memastikan kebajikan keluarga terlibat terus terbela selepas kehilangan kediaman akibat kebakaran.

Sementara itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Saratok memaklumkan bahawa pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan kepada keluarga mangsa bagi meringankan beban yang ditanggung. 

Antara bantuan yang diberikan termasuk bantuan asas makanan, wang saku, pakaian harian, pakaian sekolah, peralatan sekolah, peralatan dapur serta bahan binaan.

Keseluruhan bantuan berjumlah RM12,300 itu disalurkan secara tunai kepada keluarga mangsa sebagai langkah segera bagi membantu mereka memulakan semula kehidupan selepas tragedi tersebut.

Dalam suasana penuh keprihatinan itu, kehadiran para pemimpin dan agensi berkaitan dilihat memberi sinar harapan serta kekuatan moral kepada keluarga mangsa. 

Turut hadir dalam lawatan berkenaan ialah Penghulu Kamaluddin Rambli, Kaunselor Jefri Ujang, Ketua Kaum Abdollah Salim serta ahli keluarga mangsa.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ATM tegas komited jamin keselamatan rakyat Sarawak
Next: SK Abang Abdul Rahman Saratok terus dinaik taraf selari aspirasi pendidikan nasional

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.