Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiada unsur jenayah atau khianat kejadian kebakaran rumah di Kampung Sessang
  • JENAYAH

Tiada unsur jenayah atau khianat kejadian kebakaran rumah di Kampung Sessang

Utusan Sarawak 5 hours ago
KETUA Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie. Foto IPD Saratok

SARATOK: Polis mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah atau khianat dikenal pasti dalam kejadian kebakaran sebuah rumah kediaman dua tingkat jenis kayu di Kampung Sessang, Kabong, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie, berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian tersebut adalah insiden kebakaran biasa dan kes telah dirujuk kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk tindakan lanjut.

Menurut beliau, laporan polis diterima sekitar 7.00 pagi tadi selepas Balai Polis Kabong dimaklumkan mengenai kebakaran melibatkan rumah milik Raini Peli.

“Isteri pemilik menyedari kejadian selepas terdengar bunyi dari tingkat atas sebelum melihat api sudah marak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

KEJADIAN kebakaran sebuah rumah kediaman dua tingkat jenis kayu di Kampung Sessang, pagi tadi. Foto IPD Saratok

“Siasatan awal mendapati kebakaran bermula dari tingkat atas rumah ketika pemilik berada di tempat kerja. 

Beliau berkata, isteri pemilik bertindak pantas membawa tiga kanak-kanak keluar dari rumah dan memaklumkan jiran untuk menghubungi pihak bomba.

Dalam kejadian itu, rumah berkenaan didiami dua orang dewasa dan tiga orang kanak-kanak, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

“Pemilik rumah telah membuat laporan polis bagi tujuan rujukan pihak berkaitan. Setakat ini, jumlah kerugian masih belum dapat ditentukan,” tambahnya.

Operasi di lokasi melibatkan tiga anggota dari Balai Polis Kabong, tujuh anggota JBPM Saratok dengan sebuah jentera Kenderaan Penyelamat Bomba

(FRT) dan sebuah jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), serta enam anggota Sukarelawan Bomba Kabong.

DSP Mathew menegaskan bahawa orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan sepenuhnya siasatan punca kebakaran kepada pihak bomba.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Pembancuh air disimbah cecair dipercayai asid akibat pertengkaran suami isteri
Next: Dua lelaki ditahan, dua kes curi motosikal berjaya diselesaikan di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.