Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pembancuh air disimbah cecair dipercayai asid akibat pertengkaran suami isteri
  • JENAYAH

Pembancuh air disimbah cecair dipercayai asid akibat pertengkaran suami isteri

Utusan Sarawak 6 hours ago
MANGSA menunjukkan kesan akibat simbahan cecair berbahaya yang masih belum dikenal pasti. Foto IPD Julau

PAKAN: Seorang wanita berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pembancuh air di sebuah kedai kopi menjadi mangsa dalam satu kejadian berpunca daripada pertengkaran antara seorang lelaki dan isterinya, yang juga bekerja di premis sama, pada pagi tadi.

Ketua Polis Daerah (KPD) Julau, DSP Alif Haiqal Ramesh Abdullah, berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada suami mangsa pada 9.58 pagi. 

“Menurut suami mangsa, isterinya telah disimbah dengan cecair dipercayai asid oleh suspek secara tiba-tiba. 

“Isteri suspek dan mangsa bekerja di kedai minum tersebut sebagai pembancuh air. 

“Punca kejadian dipercayai suspek tidak puas hati dengan isterinya yang enggan bersamanya kembali (tinggal bersama),” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini. 

Tambahnya, siasatan awal mendapati suspek merupakan kaki botol, sering mabuk dan tidak bekerja. 

“Terdapat beberapa pertengkaran suspek dengan isterinya sebelum ini di kedai yang sama. 

“Menurut doktor, ia sejenis cecair berangin dicurahkan ke muka dan terkena badan mangsa. 

“Setakat ini, jenis sebenar cecair belum dikenal pasti. Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan parah dengan menggunakan benda melecur dipercayai cecair berbahaya atau asid,” katanya. 

Katanya, mangsa dan suspek telah menerima rawatan di Klinik Kesihatan Pakan. 

“Mereka telah dihantar ke Hospital Sarikei untuk rawatan susulan. 

“Suspek masih belum ditahan kerana telah dihantar ke hospital dan akan ditangkap selepas keadaannya stabil,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Ops Khas JPJ: 724 kenderaan diperiksa, enam motosikal disita di Kuching
Next: Tiada unsur jenayah atau khianat kejadian kebakaran rumah di Kampung Sessang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.