Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ops Khas JPJ: 724 kenderaan diperiksa, enam motosikal disita di Kuching
  • JENAYAH

Ops Khas JPJ: 724 kenderaan diperiksa, enam motosikal disita di Kuching

Utusan Sarawak 5 hours ago
DIPERIKSA… Sebanyak 724 kenderaan pelbagai jenis telah diperiksa dan enam motosikal disita dalam Ops Khas Motosikal dan Lampu Nyahcas Berintensiti Tinggi (HID) yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuching di Jalan Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman, di Kuching semalam. Foto JPJ Sarawak

KUCHING: Sebanyak 724 kenderaan pelbagai jenis telah diperiksa dalam Ops Khas Motosikal dan Lampu Nyahcas Berintensiti Tinggi (HID) yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuching menerusi sekatan jalan raya di Jalan Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman, di sini, semalam.

Dalam operasi berkenaan, 260 notis ketidakakuran telah dikeluarkan hasil pengesanan pelbagai kesalahan, manakala enam motosikal turut disita kerana didapati mempunyai cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans yang sah.

DIPERIKSA… Sebanyak 724 kenderaan pelbagai jenis telah diperiksa dan enam motosikal disita dalam Ops Khas Motosikal dan Lampu Nyahcas Berintensiti Tinggi (HID) yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuching di Jalan Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman, di Kuching, semalam. Foto JPJ Sarawak

Antara kesalahan yang dikesan ialah penggunaan lampu HID, tiada lesen memandu yang sah, cukai jalan tamat tempoh serta kesalahan lain yang melibatkan aspek teknikal kenderaan.

Operasi ini dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya mengenai kepentingan mematuhi peraturan lalu lintas demi keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

JPJ Sarawak mengingatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang, memastikan lesen memandu, cukai jalan dan perlindungan insurans berada dalam tempoh sah serta memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat untuk digunakan.

Kerjasama dan sikap bertanggungjawab semua pihak amat penting bagi mewujudkan persekitaran jalan raya yang selamat dan teratur.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis Mukah tahan lelaki tempatan suspek penyalahgunaan dadah
Next: Pembancuh air disimbah cecair dipercayai asid akibat pertengkaran suami isteri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.