Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RTP lambang pembangunan inklusif tanpa mengira kaum dan agama – Wilfred Yap
  • TEMPATAN

RTP lambang pembangunan inklusif tanpa mengira kaum dan agama – Wilfred Yap

Utusan Sarawak 4 hours ago
WILFRED Yap Yau Sin meninjau jubin granit yang akan dipasang di Kuil Sam San Kuet Bong, Batu 7, Kota Sentosa.

KUCHING: Pelaksanaan projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) mencerminkan komitmen kerajaan Sarawak dalam memastikan pembangunan dilaksanakan secara inklusif tanpa mengira kaum dan agama, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin.

Katanya, projek RTP bukan sekadar menaik taraf infrastruktur fizikal. Ia mencerminkan nilai Sarawak yang menekankan keterangkuman, saling menghormati dan keharmonian.

“Rumah ibadat serta kemudahan komuniti diberi sokongan sebagai sebahagian daripada fabrik sosial bersama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan tapak bersama pegawai Majlis Perbandaran Padawan (MPP) ke Kuil Sam San Kuet Bong, Batu 7, Kota Sentosa bagi memantau kemajuan kerja pemasangan jubin granit di bawah projek RTP yang melibatkan peruntukan RM100,000.

Menurut Wilfred, lawatan tersebut bertujuan memastikan projek dilaksanakan mengikut skop yang diluluskan, spesifikasi serta piawaian kualiti ditetapkan, selaras dengan penekanan kerajaan Sarawak terhadap aspek akauntabiliti dan penyampaian peruntukan awam yang berkesan.

Beliau berkata, setelah siap sepenuhnya kelak, kemudahan yang dinaik taraf itu dijangka menyediakan persekitaran yang lebih selamat dan kondusif bagi aktiviti keagamaan, selain memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Tambah beliau, pemantauan berterusan amat penting bagi memastikan setiap peruntukan RTP benar-benar memberi impak serta manfaat jangka panjang kepada rakyat.

Sehubungan itu, Wilfred menegaskan komitmennya untuk terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan pemimpin komuniti bagi memastikan pelaksanaan pembangunan dapat dirasai secara langsung oleh rakyat di peringkat akar umbi.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak Energy perkukuh peralihan tenaga hijau, sasar 10GW menjelang 2030
Next: Samarahan Boulevard: Taman hijau ikonik memacu revolusi bandar raya moden Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.