Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PDRM terima laporan kes kehilangan Nadia Kesuma
  • NASIONAL

PDRM terima laporan kes kehilangan Nadia Kesuma

Utusan Sarawak 6 hours ago
NADIA Kesuma atau nama sebenarnya Nadia Kasumawati Abdul Karim. Foto fail BERNAMA

SEPANG: Laporan kehilangan pelakon Nadia Kesuma yang dikatakan gagal dikesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada Khamis lepas, dirujuk kepada Konsulat Malaysia di Arab Saudi.

Ketua Polis Daerah KLIA ACP M. Ravi dalam kenyataan hari ini berkata laporan polis yang dibuat oleh ahli keluarga pelakon itu di Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA, di sini semalam, diklasifikasikan sebagai orang hilang (OH).

“Siasatan lanjut sedang dilakukan berhubung kehilangan pelakon itu,” katanya.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi IPD KLIA melalui talian 03-87768222 atau pegawai penyiasat Insp Puvanesan a/l Raja Segeran, 019-5883034.

Media melaporkan pelakon filem Syaitan Munafik itu gagal dikesan selepas penerbangannya ke London dari Kuala Lumpur sedang transit sementara di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada Khamis.

Kehilangan itu turut disahkan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) semalam.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung Seniman Hafiz Nafiah berkata beliau secara peribadi telah memaklumkan perkara terbabit kepada Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan bagi membolehkan tindakan segera diambil untuk menjejaki pelakon berkenaan.- Bernama

Continue Reading

Previous: SARA bulanan kategori bujang bermula hari ini
Next: Agong terima menghadap PM Anwar, dipersembah taklimat isu semasa negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.