Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Mangsa banjir perlu segera urus penggantian dokumen penting
  • TEMPATAN

Mangsa banjir perlu segera urus penggantian dokumen penting

Utusan Sarawak 6 hours ago
ADUN Jepak, Iskandar Turkee dan Pengurus Besar, Group Stakeholder Relations Bintulu Port Holdings Berhad, Maslihah Tioh bergambar bersama penduduk selepas Program CSR penyerahan bantuan bencana banjir di Kampung Kuala Segan, Bintulu.

BINTULU: Mangsa banjir yang kehilangan atau mengalami kerosakan dokumen penting perlu segera mengurus penggantian dokumen berkenaan bagi melancarkan urusan kebajikan, khususnya melibatkan persekolahan anak-anak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, mangsa digalakkan mendapatkan pengesahan awal daripada pihak penghulu atau ketua masyarakat sebagai langkah pertama bagi memudahkan proses penggantian dokumen dengan agensi berkaitan.

Menurut beliau, pengurusan dokumen yang teratur penting supaya bantuan kebajikan dan pendidikan dapat disalurkan tanpa sebarang kelewatan.

“Sebarang kehilangan dokumen penting, terutamanya berkaitan persekolahan, perlu diambil tindakan segera. 

“Pengesahan daripada penghulu atau ketua masyarakat akan memudahkan urusan seterusnya dengan pihak berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) penyerahan bantuan bencana banjir di Kampung Kuala Segan, di sini, hari ini.

ADUN Jepak, Iskandar Turkee menyampaikan bantuan bakul makanan kepada mangsa banjir sempena Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Kampung Kuala Segan, Bintulu.

Iskandar berkata, pihak berkaitan telah dimaklumkan mengenai keperluan mangsa banjir, khususnya melibatkan dokumen dan kelengkapan persekolahan yang rosak atau musnah akibat banjir.

Beliau berkata, maklumat dan permohonan yang disalurkan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana akan membantu pihak berkuasa menilai keperluan sebenar serta mengutamakan bantuan kepada keluarga yang terjejas teruk.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan program CSR yang dilaksanakan dengan kerjasama pihak swasta turut berperanan membantu mangsa banjir, termasuk mengenal pasti keperluan mendesak berkaitan kebajikan dan pendidikan anak-anak supaya bantuan dapat disampaikan secara berperingkat dan berfokus.

Pada program itu, sebanyak 96 bakul makanan diagihkan kepada mangsa banjir, dengan 48 bakul disumbangkan oleh Bintulu Port Holdings Berhad manakala selebihnya disalurkan oleh Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.

Sumbangan yang mengandungi barangan keperluan asas itu bertujuan membantu meringankan beban mangsa dalam tempoh pemulihan, selain mencerminkan komitmen berterusan pihak swasta dan kerajaan dalam menjaga kebajikan masyarakat setempat.

Turut hadir pada penyerahan itu ialah Pengurus Besar, Group Stakeholder Relations Bintulu Port Holdings Berhad, Maslihah Tioh.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Operasi kenderaan komersial tanpa lesen bahayakan keselamatan awam
Next: Jumlah mangsa banjir PPS menurun di Bintulu dan Sebauh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.