Premier Sarawak ziarah kubur Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani

Facebook
WhatsApp
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di tanah perkuburan Samariang. Foto Facebook Sarawakku

PETRA JAYA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, seperti kelazimannya pada setiap pagi Jumaat menziarahi pusara Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang di tanah perkuburan Samariang di sini.

Turut mengiringi anakanda, Dayang Norjihan, yang bersama ayahanda beliau membaca Surah Yasin dan mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama anakanda Dayang Norjihan membaca Surah Yasin. Foto Facebook Sarawakku
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyiram pusara Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang di tanah perkuburan Samariang. Foto Facebook Sarawakku